backup og meta

Sindrom BáLint: Komplikasi Langsung daripada Strok

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    Sindrom BáLint: Komplikasi Langsung daripada Strok

    Sindrom BáLint mungkin kedengaran tidak biasa di telinga anda, tetapi strok adalah perkataan biasa, bukan? Hakikatnya, sindrom BáLint dibincangkan sebagai komplikasi langsung daripada strok. Terkejut? Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini. 

    Sindrom BáLint boleh disebabkan oleh strok

    Sindrom BáLint adalah keadaan yang jarang berlaku yang berkaitan dengan kecacatan neuropsikologi yang teruk, termasuk ketidakupayaan untuk memberi perhatian kepada objek dalam medan visual seseorang (simultanagnosia), kesukaran memfokuskan mata (oculomotor apraxia), dan masalah mencapai objek tertentu dengan tangan menggunakan penglihatan (optic ataxia).

    Sindrom BáLint biasanya disebabkan oleh kerosakan pada lobus tertentu otak, yang dikenali sebagai lobus parieto-oksipital. Lobus parietal terletak di tengah bahagian atas dan lobus oksipital terletak di bahagian belakang otak. Sindrom BáLint boleh terjadi akibat daripada satu atau lebih strok.

    Punca lain Sindrom BáLint

    Walaupun sindrom BáLint boleh dikenali sebagai komplikasi langsung strok, ia juga boleh disebabkan oleh hipotensi yang tiba-tiba dan teruk (ini boleh mengakibatkan bekalan darah yang tidak mencukupi). Sindrom BáLint jarang ditemui pada pesakit dengan gangguan degeneratif seperti penyakit Alzheimer atau kecederaan otak lain. Tumor atau trauma juga boleh menyebabkan sindrom BáLint. Oleh itu, sindrom BáLint tidak semestinya disebabkan oleh satu strok atau lebih.

    Simptom Sindrom BáLint

    Simptom Sindrom BáLint termasuk simptom-simptom simultanagnosia, oculomotor apraxia, optic ataxia. Orang dengan simultanagnosia mungkin tidak dapat memberi tumpuan kepada lebih daripada satu objek. Mereka mungkin hanya dapat melihat satu objek atau sebahagian daripada objek tersebut daripada melihat keseluruhan objek.

    Oculomotor apraxia dicirikan oleh ketidakupayaan untuk menggerakkan mata secara sukarela. Pesakit tidak boleh membimbing mata mereka untuk berubah ke lokasi penglihatan yang baru. Oleh itu, mereka biasanya perlu menggerakkan kepala mereka untuk melihat objek tertentu. Walau bagaimanapun, mereka mungkin masih dapat menggerakkan mata ke atas dan ke bawah.

    Optic ataxia dikenali sebagai keadaan di mana pesakit tidak dapat memegang objek dengan tangan menggunakan penglihatan mereka. Ini bermakna mereka tidak dapat mencapai objek yang spesifik ketika melihatnya. Mereka tidak dapat mengukur jarak atau skala. Optic ataxia boleh menjejaskan kehidupan seharian pesakit. Sebagai contoh, apabila dia cuba meletakkan cawan di atas meja, dia boleh menjatuhkan cawan ke lantai kerana dia tidak dapat menganggar jaraknya.

    Bolehkah sindrom BáLint dirawat?

    Orang yang didiagnosis dengan sindrom BáLint boleh menjadi lebih baik melalui program pemulihan yang betul. Rawatan boleh memberi tumpuan kepada peningkatan penglihatan, pergerakan berpandu. Ia membantu pesakit meningkatkan kekuatan dan kebolehan mereka, mengurangkan kecacatan mereka; melatih pesakit beberapa kemahiran untuk melaksanakan tugas harian, dan meningkatkan kesedaran diri mereka.

    Sindrom BáLint boleh menjadi komplikasi strok yang menyebabkan mata dan penglihatan terjejas. Kekurangan kesedaran boleh menyebabkan diagnosis dan rawatan tertangguh. Berjumpa dengan doktor jika anda mengalami sebarang masalah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan