Masalah mental atau emosi: kegelisahan, tekanan, dan rasa keseronokan telah dikaitkan dengan beberapa kes sedu-sedan jangka pendek dan jangka panjang. Pembedahan: sesetengah orang mengalami sedu selepas mengambil bius/pelali am atau selepas prosedur yang melibatkan organ perut. Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Sedu-sedan didiagnosis?
Pemeriksaan neurologi mungkin diperlukan untuk menyemak daya keseimbangan dan koordinasi, kekuatan dan tona otot, refleks, serta deria penglihatan dan sentuhan. Sekiranya doktor anda mengesyaki punca yang lebih mendalam bagi sedu anda, ujian dan prosedur lanjut mungkin diperlukan, termasuklah:
- Ujian makmal: sampel darah anda boleh diperiksa untuk sebarang tanda-tanda jangkitan, diabetes, dan penyakit buah pinggang.
- Ujian pengimejan: ujian ini adalah untuk mengesan kejanggalan anatomi yang mungkin menjejaskan saraf vagus, saraf frenik atau diafragma. Sesetengah ujian lain termasuklah imbasan X-ray dada, tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI).
- Ujian endoskopi: prosedur ini menggunakan tiub yang fleksibel dan halus yang mengandungi kamera kecil, yang dimasukkan ke tekak anda untuk memeriksa masalah di kerongkong atau tenggorok anda.
Bagaimana pesakit Sedu-sedan dirawat?
Kebanyakan kes sedu boleh selesai tanpa campur tangan perubatan. Sekiranya terdapat penyakit yang lebih mendalam sebagai penyebab sedu anda, rawatan penyakit tersebut mungkin diperlukan untuk menghentikan keadaan. Rawatan berikut adalah untuk cegukan yang berlangsung lebih dari 48 jam:
- Ubat: Chlorpromazine, Metoclopramide, Baclofen.
- Pembedahan dan prosedur lain: jika rawatan yang kurang invasif tidak berkesan, doktor anda boleh mengesyorkan suntikan bius untuk menyekat saraf frenik anda dan menghentikan sedu. Alternatif lain adalah untuk meletakkan peranti yang dikendalikan oleh bateri melalui pembedahan, untuk menyampaikan stimulus elektrik ringan ke saraf vagus anda untuk membantu mengawal sedu yang berterusan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sedu-sedan?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda dalam menghadapi sedu:
Walaupun cara-cara di bawah ini tidak terbukti secara saintifik, kaedah pengubatan sampingan yang popular berikut mungkin boleh memberikan bantuan:
- Bernafas ke dalam beg kertas;
- Berkumur dengan air sejuk;
- Tahan nafas anda;
- Minum air sejuk.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen