3. Kekal aktif
Aktiviti fizikal membantu meningkatkan kecergasan kardiovaskular, kekuatan dan fleksibiliti, serta membakar kalori bagi memastikan anda sentiasa sihat. Garis Panduan Pemakanan Malaysia mencadangkan agar semua orang dewasa meluangkan masa sebanyak 30 minit dalam sehari melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana sekurang-kurangnya lima hingga enam hari seminggu. Sebaiknya setiap hari bagi mengekalkan berat badan semasa.
4. Rehat yang cukup
Tekanan adalah satu perkara normal dalam kehidupan. Namun, tekanan berpanjangan telah dikenal pasti sebagai salah sebuah faktor yang meningkatkan risiko berlakunya NCD, terutamanya penyakit jantung. Langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan tekanan adalah berbual dengan rakan atau mengambil cuti pendek bagi merehatkan diri.
5. Tidur yang mencukupi
Kualiti tidur mempunyai hubungan secara terus dengan kehidupan seharian seseorang. Ia boleh mempengaruhi ketajaman mental, produktiviti, keseimbangan emosi, kreativiti dan kecergasan fizikal. Ini menunjukkan tidur salah satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan bagi mencegah NCD.
6. Berhenti merokok
Setiap batang rokok mengandungi ribuan bahan kimia yang boleh merosakkan organ yang sihat. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjejaskan kesihatan orang sekeliling anda yang menghidu asapnya. Merokok boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat, mengurangkan kadar aliran darah serta menyebabkan ketagihan. Rokok sangat berisiko terhadap NCD seperti penyakit kardiovaskular, diabetis, kanser dan gangguan pernafasan kronik.
7. Elakkan pengambilan alkohol
Sama seperti merokok, pengambilan alkohol yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko individu menghidap NCD. sebolehnya kurangkan atau elakkan pengambilakan alkohol bagi mencegah risioko penyakit kardiovaskular, diabetis dan kanser.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen