Definisi
Apa itu ujian Elektrokardiagram Ambulatori?
Jantung menghasilkan ransangan elektrik kecil yang tersebar melalui otot jantung untuk mengecut. Ransangan ini dapat dikesan oleh mesin EKG. Mesin menguatkan ransangan elektrik yang berlaku pada setiap denyutan jantung, dan mencatatnya ke atas kertas atau komputer. Rakaman EKG tidak menyakitkan dan tidak berbahaya. (Mesin EKG mencatatkan ransangan elektrik dari badan anda – ia tidak mengalirkan tenaga elektrik ke dalam badan anda.)
Elektrokardiagram ambulatori merekodkan aktiviti elektrik jantung anda semasa anda melakukan aktiviti biasa (Ambulatory bermaksud bahawa anda boleh berjalan). Pemantauan ambulatori dikenali dengan beberapa nama, termasuk elektrokardiagram ambulatori, ambulatori EKG, Holter monitoring, 24-hour EKG atau cardiac event monitoring.
Mengapa ujian Elektrokardiagram Ambulatori dilakukan?
Pemantauan EKG ambulatori dilakukan untuk:
- Mencari dan merakam degupan jantung tidak teratur yang berlaku secara berselang atau semasa aktiviti tertentu.
- Mengetahui apa yang menyebabkan sakit dada, pening atau pengsan. Ini adalah simptom kemungkinan masalah jantung.
- Mencari aliran darah yang lemah ke otot jantung anda (ischemia).
- Menyemak untuk mengetahui sama ada rawatan untuk degupan jantung tidak teratur itu berfungsi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen