Kanser Tekak: Lebih 80% Adalah Dalam Kalangan Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/03/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kanser tekak berbunyi seperti sangat menakutkan dan menyeksakan. Mana tidaknya, fungsi penting seperti bercakap, bernafas, makan dilakukan oleh bahagian badan ini. Jika terjejas, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan semua itu.

Menurut World Cancer Research Fund, kanser tekak mencatatkan hampir 500,000 kes di seluruh dunia pada tahun 2018. Daripada angka tersebut, lebih 80% adalah dalam kalangan lelaki (390,361) manakala baki kurang daripada 20% melibatkan wanita (89,635).

Apa itu tekak?

Perkataan tekak atau throat dalam bahasa Inggeris ialah satu istilah yang terlalu umum dan tidak jelas. Dalam perubatan, tekak merangkumi dua bahagian utama bermula dari tiub di belakang hidung hingga kerongkong (esofagus) dan trakea. Bahagian tersebut disebut sebagai:

  • Faring/pharynx (terdiri kepada 3 bahagian; nasopharynx, oropharynx, laryngopharynx)
  • Laring/larynx
Struktur tekak

Fungsi utama faring ialah menghubungkan antara mulut dan tiub pemakanan esofagus manakala laring pula berhubung dengan tiub pernafasan trakea dan mengandungi peti suara yang bertanggungjawab menghasilkan suara untuk bercakap.

Lebih separuh daripada kanser tekak berlaku di faring.

Simptom kanser tekak berkait dengan fungsi faring dan laring

Kanser ini cenderung untuk berkembang dengan cepat. Oleh itu, rawatan awal adalah sangat penting demi memastikan pesakit mampu sembuh dan bebas kanser.

Apabila terdapat ketumbuhan pada tekak, fungsinya akan terganggu. Simptom yang mungkin berlaku ialah:

  • Perubahan pada suara seperti suara pecah atau serak.
  • Menghadapi masalah untuk menelan atau bernafas.
  • Sakit tekak, batuk, atau sakit telinga yang berlarutan.
  • Sakit kepala.
  • Ketulan pada leher.
  • Berat badan hilang tanpa dirancang.

Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas dan ia berlarutan beberapa minggu, jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat perubatan di pusat kesihatan berhampiran. Kebanyakan kanser tekak tidak menunjukkan simptom yang spesifik. Doktor perlu menjalankan beberapa ujian dan pemeriksaan untuk membuat penilaian.

Tetapi jangan pula anda terlalu bimbang jika berlaku mana-mana simptom yang disebutkan. Ia tidak bermakna anda menghidap kanser tekak. Doktor akan melihat kepada sebab-sebab yang lebih kerap berlaku (seperti jangkitan virus atau bakteria) sebelum pergi kepada kanser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

    Anda nampak tahi lalat pelik pada badan anda? Jaga-jaga, itu mungkin tanda kanser kulit. Kesan kanser melanoma melalui 2 kaedah mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    ‘Wakanda Selamanya!’, 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

    Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan pemergian Chadwick Boseman akibat kanser kolon. Jom ikuti artikel ini untuk tahu bahaya kanser jenis ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Kolorektal, Kanser 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    MENGEJUTKAN! Kajian Kata Lelaki Yang Gemar Buat Seks Oral Berisiko Dapat Kanser

    Tahukah kalian bahawa mungkin terdapat beberapa kesan buruk seks oral antaranya menyebarkan kanser? Ia juga dikatakan lebih berisiko kepada lelaki!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

    Kenyataan ini mungkin sukar diterima, tapi para wanita senang terdedah dengan masalah kesihatan faraj atas beberapa faktor, ini termasuklah radang serviks.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pembengkakan prostat

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    penghidap penyakit barah

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    jenis kanser

    Jenis Kanser Dan Cara Diagnosis Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
    penyakit kanser

    Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan