home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Vitamin Menguatkan Otot

Vitamin Menguatkan Otot

Vitamin adalah penting untuk tubuh manusia selama berabad-abad. Selain membantu meningkatkan sistem imun, mengekalkan kemudaan atau menyembuhkan penyakit biasa seperti selsema, vitamin juga boleh menggalakkan otot menjadi kuat. Artikel ini akan memberikan pembaca pengetahuan tentang vitamin yang lebih menguatkan dan menyihatkan otot.

Vitamin D

Vitamin D peringkat pertama dalam membuatkan otot lebih kuat. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam fungsi imun dan otot termasuk kekuatan dan prestasi. Di samping itu, vitamin D adalah penting untuk penyerapan kalsium dan fosforus yang diperlukan bagi pertumbuhan tulang, pengecutan otot, dan metabolisme tenaga.

Pengambilan yang disyorkan vitamin D adalah 4000-6000 IU setiap hari. Orang ramai boleh mengambil vitamin D daripada sumber semula jadi dan juga daripada makanan tambahan. Sumber semula jadi terbesar vitamin D adalah cahaya matahari manakala sumber yang lebih kecil adalah makanan seperti susu, kuning telur atau bijirin.

Omega-3

Kelemahan otot disebabkan oleh rintangan insulin manakala Omega-3 boleh menyelesaikan masalah ini. Bersama omega-3 adalah minyak ikan yang boleh meningkatkan kekuatan otot. Orang ramai boleh mengambil omega-3 dan minyak ikan daripada makanan seperti ikan dan juga daripada makanan tambahan.

Vitamin C

Saluran darah membawa oksigen dan nutrien kepada otot, membantunya berfungsi dengan baik dan vitamin C boleh membuatkan pembuluh darah lebih sihat. Oleh itu, ia penyumbang besar kepada kekuatan otot. Orang mendapatkan vitamin C daripada tomato, strawberi, oren, dan limau gedang

Vitamin E

Fungsi sel banyak bergantung kepada kesihatan membran sel. Membran sel yang sihat daripada sifat-sifat anti-oksidan vitamin E. Manusia boleh mengambil vitamin E daripada lobak merah, badam, avokado, minyak zaitun, dan minyak bunga matahari.

Vitamin B

Vitamin dalam kumpulan B adalah penting untuk menguatkan otot.

B1: Hemoglobin membawa oksigen ke sel-sel termasuk sel-sel otot. B1 memainkan peranan penting dalam pembentukan hemoglobin. Oleh itu, ia menggalakkan otot yang kuat. B1 terdapat dalam kacang, bijirin, roti dan beras.

B2: Metabolisme tenaga, protein, glukosa memerlukan vitamin B2. Ia boleh didapati dalam keju, telur, dan susu.

B3: Proses Pengeluaran tenaga memerlukan vitamin B3. Orang ramai boleh mengambil B3 daripada ikan, kentang, telur dan susu.

B6: Badan manusia memerlukan vitamin B6 untuk menggunakan karbohidrat, bagi pertumbuhan dan metabolisme protein. Kacang soya, mentega, ikan dan beras perang mengandungi vitamin B6.

B7: Vitamin B7 juga dikenali sebagai Biotin yang penting untuk asid amino metabolisme dalam protein. Sumber baik vitamin B7 adalah cendawan, kuning telur, dan hati lembu.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

5 Vitamins That Help Build Muscle Strength and Tone Body. http://www.hellawella.com/5-vitamins-help-build-muscle-strength-and-tone-body Accessed January 20, 2017

The Vitamin That Leads to Stronger Muscles. http://www.menshealth.com/health/the-vitamin-that-leads-to-stronger-muscles Accessed January 20, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 05/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor