Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Warfarin merupakan ubat antikoagulan yang digunakan untuk mengelakkan pembekuan darah berbahaya daripada terbentuk atau bertambah teruk. Pembekuan darah diperlukan untuk mencegah atau menghentikan pendarahan, tetapi pembekuan darah berbahaya boleh menyebabkan serangan jantung, strok, trombosis vena atau embolisme paru-paru. Warfarin bertindak mengganggu pembentukan gumpalan darah. Ramai orang merujuk kepada antikoagulan sebagai “pencair darah”; tetapi Warfarin sebenarnya bukanlah mencairkan darah, sebaliknya menyebabkan darah mengambil masa lebih lama untuk membentuk gumpalan.
Warfarin digunakan oleh pesakit yang mempunyai masalah atau risiko berlakunya pembekuan darah tidak normal, seperti:
Matlamat terapi warfarin adalah untuk mengurangkan kecenderungan pembekuan darah, bukan untuk mengelakkan pembekuan sepenuhnya. Oleh itu, kesan warfarin perlu dipantau dengan teliti menggunakan ujian darah yang menunjukkan bacaan INR.
Bacaan INR menerangkan kadar berlakunya pembekuan darah dalam badan. Dos Warfarin bergantung kepada sasaran INR yang dikehendaki supaya berada dalam julat yang disyorkan. Kebiasaannya julat INR yang dikehendaki adalah antara 2.0 hingga 3.0. Ujian darah perlu dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh rawatan bagi memantau bacaan INR. Sekiranya INR terlalu rendah, darah beku tidak akan dicegah, tetapi jika INR terlalu tinggi, terdapat peningkatan risiko pendarahan.
Dalam satu kajian terhadap pesakit berpuasa yang mengambil Warfarin, berpuasa didapati boleh meningkatkan julat INR dalam pesakit yang mengambil warfarin dalam keadaan stabil. Oleh itu bagi pesakit yang memang ditetapkan untuk mempunyai INR yang tinggi, langkah pengawasan dan penyesuaian dos mungkin diperlukan semasa berpuasa.
Memandangkan puasa boleh meningkatkan INR atau dalam erti kata lain boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang berpuasa. Antara langkah yang patut anda lakukan:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen