backup og meta

Larangan Bunga Segar Untuk Pesakit Kanser, Apa Lagi Yang Perlu Dipertimbangkan?

Larangan Bunga Segar Untuk Pesakit Kanser, Apa Lagi Yang Perlu Dipertimbangkan?

Jangkitan adalah salah satu komplikasi kanser dan rawatan kanser yang mengancam nyawa . Ini kerana rawatan kanser dan kanser melemahkan sistem imun. Sistem kekebalan tubuh adalah sistem yang kompleks di mana tubuh menentang jangkitan kuman, seperti bakteria atau virus.

Pertimbangkan hadiah untuk pesakit kanser

Kadang-kadang, hadiah yang ringkas dapat menghiburkan seseorang. Jika anda membuat keputusan untuk memberi seseorang dengan kanser hadiah, pastikan ianya selamat untuk mereka.

Perlu diingat rawatan seperti kemoterapi, terapi radiasi dan pembedahan boleh menyebabkan reaksi fizikal dan trauma emosi yang tidak menyenangkan, jadi anda perlu menjadi lebih sensitif dan bijak mengenai hadiah anda.

Jangan beli bunga atau tumbuhan

Ya, bunga sering menjadi hadiah untuk pesakit di hospital atau rumah baru dari rawatan, tetapi ia tidak seharusnya untuk seseorang yang didiagnosis dengan kanser. Bunga (dan tumbuh-tumbuhan lain) secara semula jadi membawa spesis debunga dan kulat, dan boleh menyebabkan jangkitan pada seseorang dengan sistem imun yang terjejas. Juga, apabila bunga layu dan mati, itu boleh mencetuskan emosi negatif pada orang itu.

Institut Kanser Negara semalam telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook berkenaan larangan bunga segar di wad. Ini kerana pesakit yang menjalani kimoterapi mempunyai kurang daya tahan badan (immunocompromised). Larangan ini adalah untuk mengelakkan jangkitan.

Malahan, kenyataan itu juga menekankan bahawa amalan sedemikian telah dilaksanakan di United Kingdom, di mana 9 daripada 10 hospital telah menghalang pengunjung membawa bunga segar ke wad mereka.

Jangan beli belon

Suprised gift‘ sudah pasti menghiburkan pesakit, tetapi ia juga seringkali disertai dengan belon. Beberapa belon yang berwarna-warni atau berkilat mungkin kelihatan seperti idea yang baik, tetapi sebenarnya bukan untuk pesakit kanser. Belon standard lateks atau getah boleh menyebabkan reaksi alergi terhadap orang yang kini mempunyai kulit yang sangat sensitif. Juga, belon logam atau mylar tidak dibenarkan di ICU kerana ia boleh mengganggu peralatan perubatan elektronik.

Jangan bawa losen atau produk yang berbau kuat

Sebilangan orang mungkin suka losen wangi, minyak wangi dan cologne, jenis produk ini bukan yang terbaik untuk diberikan kepada seseorang dalam rawatan kanser. Kemoterapi dan radiasi sering mengubah deria bau seseorang, jadi mereka mungkin mendapati bau tertentu yang sama sekali tidak tertanggung atau memualkan.

Jangan beli filem atau buku yang menyedihkan

Diagnosis dengan kanser adalah sukar, dan hanya terhad di dalam bilik hospital dengan hanya komputer riba atau buku sebagai sumber utama hiburan mungkin tidak membantu. Oleh itu, jangan meningkatkan keadaan emosi yang sudah sensitif pesakit dengan memberi mereka filem sedih untuk ditonton atau buku untuk dibaca.

Jangan beli gula-gula atau manisan lain

Malangnya, mereka yang menjalani rawatan kanser sering kali di bawah diet ketat yang mengehadkan berapa banyak gula yang boleh mereka makan. Kimoterapi dan radiasi juga boleh merosakkan permukaan lidah dan menyebabkan luka mulut, membuatkan gula-gula tidak menyenangkan dan menyakitkan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

You’re Not Allowed to Bring Fresh Flowers for Cancer Patients As It Increases Infection Risk https://www.worldofbuzz.com/wp-content/uploads/2019/04/cancer-patient-visitors-banned-from-bringing-fresh-flowers-for-risk-of-infections-world-of-buzz-768×384.jpg Accessed on Apr 16, 2019.

Gifts to Avoid Giving Someone With Cancer (and What to Give Instead) https://themighty.com/2017/11/gifts-to-avoid-giving-someone-with-cancer/ Accessed on Apr 16, 2019.

7 Tips to Remember When Visiting Cancer Patients https://blog.dana-farber.org/insight/2012/08/7-tips-to-remember-when-visiting-cancer-patients/ Accessed on Apr 16, 2019.

Preventing Infections in People With Cancer https://www.cancer.org/treatment/treatments-and-side-effects/physical-side-effects/infections/preventing-infections-in-people-with-cancer.html Accessed on Apr 16, 2019.

Versi Terbaru

10/07/2020

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-kanak Jadi Mangsa Dera? Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan