home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

KKM Larang Penjualan Produk Acnotin dalam Talian

KKM Larang Penjualan Produk Acnotin dalam Talian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang sebarang penjualan ubat terkawal produk Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin menerusi dalam talian, tidak kira melalui media sosial atau platform e-dagang.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penjualan ubat terkawal secara dalam talian adalah jelas menyalahi undang-undang, berikutan ubat tersebut hanya boleh diberikan kepada pesakit melalui preskripsi yang sah oleh pengamal perubatan berdaftar, atau pakar.

Beliau memaklumkan, semua pembekalan ubat-ubatan yang mengandungi racun adalah tertakluk kepada Akta Racun 1952. Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

“Bagi pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, ahli farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar.

“Walau bagaimanapun, Isotretinoin mempunyai kesan sampingan teratogenik dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Oleh itu, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memutuskan bahawa ubat ini hanya boleh dipreskripsi dan digunakan oleh doktor pakar dalam bidang dermatologi,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Di samping itu, beliau menegaskan bahawa kementerian akan mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang berhubung penjualan barangan tersebut.

KKM juga komited dalam usahanya untuk menangani isu penjualan tersebut, dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi melakukan analisis aktiviti-internet termasuk memantau serta menyiasat mana-mana aktiviti penjualan produk farmaseutikal termasuklah produk Acnotin secara dalam talian.

Bermula 2017 hingga November 2018, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia. Selain itu, kementerian juga turut memantau platform e-dagang melibatkan penjualan produk farmaseutikal yang tidak berdaftar, dicampur racun dan juga kosmetik yang mengandungi racun untuk tujuan jualan di platform-platform ini telah dikenalpasti dan diambil tindakan dalam tempoh tersebut.

KKM telah mengambil inisiatif mengadakan aktiviti dialog bersama-sama dengan pihak yang berkepentingan termasuklah pengendali platform e-dagang serta menjalankan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat secara dalam talian, yang bertujuan untuk memberi pendidikan kepada orang ramai tentang bahayanya pembelian ubat melalui cara tersebut.

“Aktiviti ini melibatkan hebahan mesej kesedaran menerusi aplikasi Whatsapp, membuat posting di dalam akaun Facebook rasmi kementerian dan Program Perkhidmatan Farmasi, mewujudkan laman khas www.pharmacy.gov.my/waspada-belian-ubat-online.html, penulisan berkenaan bahaya pembelian ubat di dalam portal sebenarnya.my dan juga semua media elektronik melalui bantuan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan SKMM,” katanya.

Kementerian turut menyeru kerjasama dan komitmen daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan usaha ini dapat diselesaikan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

kpkesihatan.com/2018/12/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-disember-2018-larangan-penjualan-produk-acnotin-secara-dalam-talian/

 

Gambar penulis
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin pada 17/12/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
x