home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kepentingan Ramadan

Kepentingan Ramadan

Ramadan adalah bulan yang ke-9 di dalam kalendar Islam. Sepanjang bulan yang mulia ini, umat Islam di seluruh dunia berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Selain itu, mereka juga melaksanakan solat tarawih dan berbuka puasa dengan menikmati makanan bersama keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat.

Mengapa Umat Islam berpuasa?

Puasa adalah tentang pembersihan rohani, penghormatan dan ketaatan kepada Allah, yang bermaksud menambahkan ketakwaan kepada Pencipta, meningkatkan kesedaran terhadap keagungan-Nya, memuliakan dan memuji nama-nama serta sifat-sifat-Nya. Dengan berpuasa, umat Islam menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih mereka terhadap kebesaran-Nya, rahmat-Nya, dan bimbingan-Nya.

Maksud sebenar berpuasa

Berpuasa daripada makanan dan minuman mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesejahteraan fizikal dan rohani seseorang. Ia adalah satu peluang untuk untuk melatih disiplin dan kawalan diri. Dengan menahan diri diri daripada makan dan minum, kita belajar cara untuk menjaga nafsu dan kehendak diri. Puasa menyekat nafsu yang menghalang seseorang daripada menjadi bebas.

Perbuatan berpuasa melahirkan rasa empati terhadap orang yang susah. Ia memberikan mereka peluang untuk mengalami bagaimana rasanya menjadi miskin. Orang kaya kini boleh merasai perasaan menjadi miskin dan lapar selama beberapa hari. Ia juga boleh membuat orang miskin rasa lebih baik kerana mereka mengetahui bahawa mereka tidak keseorangan dan ada orang yang memahami mereka.

Puasa juga mempunyai kesan penyucian pada hati dan jiwa seseorang. Puasa Ramadhan tidak terhad hanya kepada makanan dan minuman tetapi juga melibatkan perkataan yang tidak bermanfaat, berbohong, menipu dan semua jenis kejahatan. Walaupun puasa mungkin memberikan manfaat kesihatan tertentu, tujuan utamanya adalah untuk mendidik seseorang mengawal dirinya dan memberikan tumpuan kepada makna sebenar kehidupan dengan sentiasa sedar akan kehadiran Tuhan.

Qur’an – Kitab suci orang Islam

Dipercayai bahawa al-Quran diturunkan semasa bulan Ramadan sebagai panduan bagi umat manusia, mengajar kita untuk membetulkan apa yang salah. Oleh itu, dalam bulan ini, sangat penting untuk mendirikan sembahyang sebaiknya.

Selepas solat yang terakhir, iaitu kira-kira 1 jam setengah selepas matahari terbenam, umat Islam pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang malam. Solat malam boleh berlangsung sehingga satu jam. Setiap malam, Imam (pemimpin dalam doa) membaca dari ayat suci al-Quran yang dihafal. Menjelang malam ke-27 atau 29, kebiasaannya seluruh Al-Quran sudah selesai dibacakan. Membaca al-Quran membolehkan seseorang menjadi lebih dekat kepada Allah, menghidupkan roh dan jiwa mereka. Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam akan membaca al-Quran, menghayati ayat-ayat suci, dan mengamalkan ajarannya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

What is Ramadan and why is it important in the Muslim faith? https://detroitinterfaithcouncil.com/2013/07/02/what-is-ramadan-and-why-is-it-important-in-the-muslim-faith/. Accessed May 26, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 12/12/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x