backup og meta

Apa yang Menentukan Daya Tarikan?

Apa yang Menentukan Daya Tarikan?

Kita mungkin selalu berkongsi citarasa rakan-rakan apabila melibatkan pakaian dan kasut, tetapi apabila berbincang tentang lelaki dan wanita yang dirasakan menarik, kita mungkin berasa sangat jauh berbeza. Walaupun pakar telah lama mengetahui bahawa kita mungkin menemui sifat-sifat tertentu seperti bentuk muka dan simetri sebagai daya tarikan seseorang, tetapi tidak jelas mengapa sebahagian daripada kita lebih sukakan Ryan Reynolds sementara yang lain, George Clooney.

Apa yang menentukan daya tarikan?

Dalam usaha untuk menjawab soalan ini, ahli falsafah menghabiskan banyak masa untuk menjawab teka-teki ini. Plato menulis tentang “perkadaran emas”, di mana, antara lain, lebar wajah yang ideal ialah dua pertiga panjangnya, sementara panjang hidung tidak lebih daripada jarak antara dua mata. Walau bagaimanapun, perkadaran emas Plato tidak dikukuhkan kajian psikologi dan biologi moden – walaupun terdapat kredit dalam percubaan pada zaman Yunani purba untuk menentukan simetri asas yang didapati menarik oleh manusia.

Selepas kajian lanjut, saintis mendapati bahawa mungkin simetri adalah jawapan yang dicari oleh orang Yunani. Hari ini, perkadaran simetri ini telah terbukti secara saintifik sebagai menarik secara semula jadi dalam pandangan manusia.  Ia telah ditakrifkan bukan dengan perkadaran atau nisbah, tetapi dengan persamaan antara sisi kiri dan kanan muka.

daya tarikan

Berdasarkan perkadaran emas Plato, model ini akan dianggap tidak menarik kerana bibirnya terlalu penuh. Tetapi penyelidikan psikologi dan biologi moden mendapati ciri-ciri wajah yang sangat simetri inilah yang dianggap menarik dalam kebanyakan orang.

Selain daripada simetri, budaya juga memainkan peranan. Lelaki dalam budaya Barat umumnya lebih suka wanita dengan rahang kecil, hidung kecil, mata besar, dan tulang pipi yang jelas – ciri yang sering digambarkan sebagai “baby faced”, yang menyerupai bayi. Wanita pula lebih menyukai lelaki yang kelihatan lebih matang – umumnya muka berbentuk hati, berdagu kecil dengan bibir penuh dan kulit cerah.

Para saintis juga mendapati bahawa bahagian tubuh memainkan peranan penting dalam persepsi kecantikan. Secara amnya, lelaki lebih menyukai wanita dengan nisbah pinggang ke pinggul yang rendah (WHR), iaitu, lebih banyak lemak pada peha dan punggung berbanding pinggang. Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita dengan WHR yang tinggi (yang badannya lebih berbentuk tiub) lebih cenderung mengalami masalah kesihatan, termasuk ketidaksuburan dan diabetes. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada faktor risiko tersebut.

Peraturan tentang daya tarikan

Tarikan bukan hanya tentang rupa paras. Ia mengenai kemagnetan semula jadi. Kita sememangnya mudah tertarik secara fizikal kepada rupa paras seseorang, tetapi kita lebih mudah tertarik dengan keyakinan dan keperibadian mereka. Daya tarikan seseorang adalah lebih daripada sekadar penampilan. Penulis terlaris New York Times dan pengkaji biologi molekular, John Medina mendapati bahawa otak manusia mempunyai tempoh tumpuan yang sangat pendek. Otak kita tertarik kepada orang dan perkara yang menarik dan mengujakan. Oleh itu, jangan gunakan skrip sosial yang membosankan seperti”Awak apa khabar?” Dan “Dari mana awak berasal?” Anda harus berkongsi perasaan anda dan menjadi personaliti yang menarik daripada awal.

Pandangan pertama sukar untuk diubah. Orang menilai anda sejurus sewaktu anda mula berjalan ke dalam bilik. Jika kita menyingkirkan norma sosial dan berbalik kepada sains, tarikan berlaku dalam 30 saat pertama perjumpaan. Dan walaupun kita tidak suka mengakuinya, otak kita memutuskan jika kita tertarik kepada seseorang secara serta merta.

Ahli antropologi Universiti Rutgers, Helen Fisher mengkaji beratus-ratus pasangan yang sedang bercinta dan mendapati bahawa tubuh manusia mengetahui dalam masa satu saat sama ada seseorang itu secara fizikalnya menarik atau tidak. Kita mungkin tidak menyedarinya, tetapi otak kita membuat pertimbangan segera yang tahan lama dalam masa beberapa saat pertama bertemu dengan orang baru.

Semasa perbualan, bahasa tubuh boleh memberi kesan lebih daripada perkataan. Bahasa tubuh terbuka lebih menarik daripada sebarang pakaian, gaya rambut atau gerak tarian. Bahasa tubuh wanita dan lelaki juga berbeza. Berikut adalah gambaran keseluruhan bahasa badan wanita untuk diperhatikan:

  • Batang tubuh terbuka: Penyelidikan bahasa badan telah menunjukkan bahawa membiarkan batang tubuh, dada dan perut anda terbuka kepada dunia adalah cara terbaik untuk menunjukkan ketersediaan. Memeluk tubuh, memegang segelas jus di hadapan perut anda, memeriksa telefon di depan dada anda atau memeluk tas tangan ke pusat anda adalah cara menutup bahasa tubuh dan nampak tidak bersedia. Kajian telah menunjukkan bahawa kita sebenarnya menutup bahasa tubuh kita apabila kita berasa tertutup secara mental.
  • Tangan: Kita gemar melihat tangan orang lain. Kajian mendapati bahawa apabila kita tidak dapat melihat tangan orang lain, kita sukar mempercayai mereka. Apabila anda meletakkan tangan anda dalam poket, di bawah meja atau disembunyikan disebalik kot, daya tarikan anda akan berkurangan kerana orang tidak dapat membuka diri kepada anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Make People Want You. http://www.scienceofpeople.com/the-psychology-of-attraction/. Accessed December 17, 2016.

Looking Good: The Psychology and Biology of Beauty. http://legacy.jyi.org/volumes/volume6/issue6/features/feng.html. Accessed December 17, 2016.

Just my type? The reason we find certain people attractive. http://www.today.com/health/just-my-type-reason-we-find-certain-people-attractive-t47641. Accessed December 17, 2016.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?

Suka Cas Telefon Dalam Kereta? Ini Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan