backup og meta

Adakah Gelombang Globalisasi Keempat Dapat Mengakhiri Penyakit Epidemik?

Adakah Gelombang Globalisasi Keempat Dapat Mengakhiri Penyakit Epidemik?

Perdebatan mengenai baik dan buruk kesan globalisasi telah menjadi topik hangat dalam pelbagai kelas politik. Adakah globalisasi mempunyai kuasa yang bermanfaat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan adakah idea dan konsep baru yang terhasil menerusi globalisasi dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat dunia? Atau adakah globalisasi, sesuatu yang menggusarkan — satu pembangunan yang menghakis nilai masyarakat dengan peningkatan jurang ketidakadilan sosial di antara golongan elit dan masyarakat lain secara keseluruhannya?

Ini antara intipati perbincangan dan perdebatan mengenai gelombang terbaru globalisasi. Apa yang pasti, di sebalik punca, kesan dan akibat kemajuan dunia hari ini, terdapat satu ancaman yang mungkin tidak dijangka oleh semua — epidemik baru yang bakal muncul. Penyakit berjangkit baru – jika dahulu kesannya hanya terhad dengan pengasingan populasi yang terkesan akibatnya – kini mempunyai capaian serta-merta dengan perkembangan perdagangan dan rangkaian pengangkutan, di mana sebahagian daripada lokasi global adalah terpisah lebih dari 24 jam.

Endemik, Epidemik dan Pandemik: Apa yang anda perlu tahu?

Ketika era pra-sejarah, kebanyakan populasi adalah terlalu kecil untuk penyebaran penyakit berjangkit berbahaya. Akhirnya, penyakit tersebut mungkin mati dengan sendirinya. Terdapat kemungkinan untuk insiden epidemik namun untuk ia bertukar ke tahap pandemik, ia hanya akan berlaku apabila populasi bertambah dan struktur masyarakat pun berubah.

Hanya masa yang menentukan kehadiran mikrob, virus dan bakteria – agen pembawa penyakit berjangkit. Dengan pergerakan dan mobilisasi masyarakat ke destinasi baru, maka berlakulah insiden-insiden epidemik dan pandemik — antaranya menyumbang kepada tragedi ‘Black Death’ yang dikatakan bermula di Asia Tengah dan dianggarkan antara 75 juta dan 200 juta orang telah terkorban di seluruh dunia, termasuk 30-60% melibatkan jumlah keseluruhan populasi Eropah pada abad ke-14.

Era Eksplorasi — atau ‘globalisasi’ di mana sebelum konsep tersebut wujud, adalah istilah yang digunakan oleh Forum Ekonomi Dunia tahun ini — jika tahap endemik penyakit berlaku di Eropah, capaian kepada populasi yang masih kurang kefahaman mengenai sistem pertahanan imun di ‘Dunia Baru’ akan berlaku dengan kesan yang sangat besar.

Catatan Penting Penularan Penyakit dalam Sejarah

Penyakit seakan influenza telah memporak-perandakan populasi orang asal di Antilles sejurus selepas kedatangan Christopher Columbus pada 1493. Penyakit cacar atau ‘smallpox’ telah menular pada abad ke-16 di Mexico akibat bawaan pendatang Sepanyol yang telah mengorbankan hampir separuh daripada populasi yang terkesan.

Kematian beramai-ramai akibat pelbagai penyakit berjangkit telah berterusan selama lebih dua abad. William McNeil menerusi kajian seminal Wabak dan Masyarakat menyatakan dianggarkan populasi orang asal adalah 20-25 lebih besar sebelum kedatangan Columbus — dianggap angka tersebut tepat walaupun terdapat variasi berbeza.

Pengetahuan kita mengenai bagaimana penyakit disebarkan menunjukkan peningkatan yang ketara masa kini, begitu juga dengan keupayaan kita untuk merawat dan membendungnya. Malangnya, bakteria dan virus berkembang dengan pesat dan bersifat sangat mengambil kesempatan (opportunistic).

Di masa kini, kita dapat melihat lebih banyak patogen berkembang di bandar-bandar besar berbanding hanya di kawasan luar bandar pada satu masa dahulu. Interaksi dengan haiwan liar dan peningkatan aktiviti penternakan haiwan turut membuka peluang untuk patogen berhijrah di luar batasan spesies dalam keadaan yang tidak penah dijangkakan.

Dengan fasa kedua globalisasi yang bermula pada tahun 1950-an, terdapatnya peningkatan perjalanan menggunakan kapal terbang dan pergerakan orang ramai. Trend tersebut berlangsung sampai ke hari ini, seperimana peralihan daripada globalisasi 3.0 (revolusi digital) ke 4.0 (kombinasi digital dan alam nyata), menambahkan lagi risiko penyakit untuk memberi kesan yang lebih hebat kepada umat manusia sejagat.

Kredit Imej: Forum Ekonomi Dunia

Ketakutan dan kegusaran kita selama ini telah pun berlaku, di mana penyakit-penyakit ini muncul setiap tahun. Pada Mei dan Jun 2018, insiden wabak enam daripada sepuluh penyakit yang berada dalam senarai patogen utama oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, telah dicatatkan.

Penyakit X: Penyakit Dari Masa Hadapan

Patogen-patogen yang kita kenali ini berselindung di sebalik individu, keluarga, masyarakat dan negara. Namun begitu, di sebalik usaha kita menentang penyakit-penyakit berjangkit sedia ada ini, kita juga harus mempertahankan diri daripada ancaman daripada satu lagi ketidakpastian; Penyakit X: patogen baru yang tidak dikenalpasti sebelum ini, mempunyai potensi penularan ke seluruh dunia seperti mana Flu Sepanyol pada tahun 1918.

Tidak dapat dipastikan di mana Penyakit X akan muncul dan bagaimana ia boleh disebarkan. Kepelbagaian penyakit yang telah kita hadapi selama 40 tahun ini – HIV, Ebola, Nipah, SARS, MERS antara lainnya — seharusnya memberikan kita masa sejenak untuk berfikir. Mustahil untuk kita meramalkan mengenai keadaan biologi Penyakit X atau keupayaannya untuk menular dengan pantas. Hakikatnya, kita harus bersedia untuk menghadapinya.

Kredit Video: Museum of London

Jika gelombang globalisasi sebelum ini telah membantu penularan penyakit-penyakit epidemik, dengan gelombang sedia ada kini, ditambah dengan Revolusi Industri Keempat, sekurang-kurangnya mempersiapkan kita dengan alatan baru untuk melawan epidemik di masa hadapan.

Globalisasi 4.0 memberikan kita teknologi dan keupayaan untuk merancakkan proses siap-siaga kita menentangnya menerusi ilmu saintifik dan biologi. Dengan penguasaan kita terhadap ilmu pengetahuan, membuatkan kita lebih memahami patogen dan memberi gambaran mengenai rupa dan sifat penyakit yang akan kita hadapi kelak.

Kaedah baru dalam kolaborasi lanjutan dan pada skala besar kini telah dipermudah carakan. Dengan perkongsian set data, kombinasi kepakaran, ditambah pula dengan kekuatan sektor awam dan swasta serta kerjasama terhadap teknologi baru dan solusi-solusi inovatif, membolehkan kita memanfaatkan globalisasi 4.0 dalam merangka kaedah baru bagi mengatasi penyakit epidemik dari masa hadapan ini.

Sudahkah Kita Bersiap Sedia?

Gabungan untuk Ketersediaan Inovasi Epidemik (CEPI) telah ditubuhkan bagi merencanakan ancaman global penyakit epidemik menerusi tindakan bersama pelbagai pihak. Walaupun masih baru, gabungan tersebut telah menerima pembiayaan untuk mencipta vaksin melawan demam Lassa, MERS, Nipah dan penyakit-penyakit lain.

CEPI juga membuat pelaburan yang penting bagi platform penghasilan vaksin yang berpotensi mempercepatkan pembangunan vaksin pada kadar yang signifikan. Mereka sedang rancak membina jaringan kerjasama global yang berlangsung dengan perkembangan positif dan menerima jemputan untuk memberi maklum balas mengeni Penyakit X.

Dalam dunia yang mempunyai pelbagai pemegang taruh —  kerajaan, institusi multi-lateral, organisasi bukan kerajaan, sektor akademik dan sektor swasta harus bekerjasama dalam persiapan untuk kita menghadapi ancaman penyakit pandemik, di mana bakal berlaku pada skala dan tahap kecemasan yang tidak pernah kita alami sebelum ini.

Anggaran mengenai potensi kos sesuatu penyakit pandemik kini semakin meningkat; satu kajian oleh Biro Kajian Ekonomi Amerika Syarikat telah melakukan pengiraan mengenai jangkaan impak tahunan sesuatu pandemik yang mencecah kematian 700 ribu mangsa setahun, akan mengakibatkan kos sekitar 500 bilion dolar. Sesungguhnya, dunia kini dalam keadaan mendesak bagi mempertingkatkan keupayaan dalam pelbagai disiplin; kajian dan pembangunan (R&D), sistem kesihatan, pemantauan dan tindakan kecemasan.

Kita perlu membuat pelaburan dalam ketersediaan epidemik sekarang, kerana jika kita menunggu saat tibanya Penyakit X menyerang, malangnya ketika itu ia sudah terlambat.

*Artikel ini pertama kali disiarkan di Forum Ekonomi Dunia 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.weforum.org/agenda/2019/01/globalization-will-fuel-the-next-epidemic-could-it-also-help-cure-it/

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Suka Cas Telefon Dalam Kereta? Ini Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Sekarang!

Lebih Rela Dipenjarakan: Epidemik Kesunyian dalam Kalangan Warga Emas


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan