backup og meta

6 Suplemen untuk Kurangkan Lemak

6 Suplemen untuk Kurangkan Lemak

Anda mungkin tidak tahu tetapi jumlah “kalori masuk dan keluar” bukanlah gambaran sebenar apabila anda ingin mengurangkan lemak atau fat dan mendapatkan bentuk tubuh badan yang diidamkan. Badan kita sentiasa mengalami perubahan untuk mengekalkan homeostasis – keadaan di mana badan kita di dalam keseimbangan.

Kekurangan nutrien dan ketidakseimbangan hormon adalah isu agak kerap berlaku yang menghalang orang dari menghilangkannya. Berikut adalah 6 suplemen yang boleh membantu dalam usaha anda untuk menghilangkannya dan mendapatkan bentuk tubuh yang cantik.

Suplemen untuk Kurangkan Lemak

Carnitine

Walaupun terdapat maklumat yang terhad, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa carnitine boleh meningkatkan jisim otot, mengurangkan keletihan dan mengurangkan jisim lemak. Semua ini adalah semua komponen utama dalam menurunkan berat badan. Carnitine dilaporkan berfungsi dengan membawa asid lemak ke dalam sel supaya ia boleh dibakar untuk menghasilkan tenaga. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ia amat berguna dalam mengurangkan simpanan lemak di dalam perut.

Magnesium

Magnesium yang rendah boleh menghalang keupayaan seseorang untuk menggunakan glukosa bagi menghasilkan tenaga. Magnesium yang sepatutnya dibakar menjadi tenaga, ia disimpan menjadi lemak. Membetulkan kekurangan magnesium merangsang metabolisme dengan meningkatkan sensitiviti insulin. Sensitiviti insulin yang tinggi adalah sangat baik untuk kesihatan. Ini bermakna badan anda bertindak balas dengan cepat terhadap kenaikan tahap gula dalam darah, menggunakan jumlah insulin yang lebih kecil dan mengembalikannya kepada keadaan seimbang dengan cepat. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa magnesium juga boleh menghalang penyerapan lemak.

Vitamin D

Pakar dari seluruh dunia mengesahkan bahawa terdapat peratusan yang tinggi bagi mereka yang mengalami kekurangan vitamin D3 dan suplemen penting. Vitamin D3 sebenarnya adalah pro-hormon dan memainkan peranan yang besar dalam pelbagai fungsi selular. Bagi menghilangkannya, kekurangan Vitamin D boleh dikaitkan dengan metabolisme karbohidrat yang rendah. Tambahan pula, genetik kita yang dikawal oleh vitamin D boleh mengubah cara sel-sel lemak terbentuk menjadikannya lebih mudah untuk menyimpannya. Menurut pakar, vitamin D3 boleh menjadi suplemen yang paling penting untuk kesihatan kita

Zink

Zink memainkan peranan utama dalam pengeluaran hormon anabolik. Zink yang mencukupi membolehkan pelepasan 3 hormon anabolik yang paling penting degan lebih sihat: testosteron, hormon pertumbuhan dan insulin-seperti faktor pertumbuhan-1 (IGF-1). Hormon-hormon ini adalah antara bahan bakar lemak yang terbaik dihasilkan oleh badan anda.

Kekurangan zink juga boleh mengurangkan leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. Leptin memberikan isyarat kepada otak untuk memberitahu anda apabila anda sudah kenyang. Didapati bahawa orang yang mempunyai tahap leptin yang rendah atau gangguan pada fungsi leptin cenderung untuk terlebih makan dan menambah jumlah lemak.

Vitamin B

Vitamin B membantu penghasilan tenaga, melawan keletihan dan kelesuan, meningkatkan kesihatan sistem saraf, membetulkan fungsi kelenjar adrenal dan membantu penghasilan bahan-bahan untuk mengawal saraf dan hormon. Penghadaman yang baik adalah satu lagi khasiat kompleks Vitamin B. Ia membantu dengan memberikan pencernaan yang lebih baik dengan menghasilkan asid hidroklorik (HCL); asid ini menguraikan karbohidrat, lemak, dan protein dengan lebih efisyen.

Untuk mengurangkannya, vitamin B5 & B3 perlu diambil berat. B5 mengurangkan berat badan dengan mengaktifkan lipoprotein lipase, sejenis enzim yang membakar sel-sel lemak. Satu kajian mengaitkan suplemen B5 dengan rasa kurang lapar apabila berdiet. B3 (Niacin) telah terbukti mampu meningkatkan adiponectin, iaitu hormon berat badan yang dirembeskan oleh sel-sel lemak. Ujian klinikal telah menunjukkan bahawa suplemen kromium yang mengandungi Niacin membantu mengurangkan berat badan.

Chromium

Menjadikan badan lebih sensitif terhadap insulin, membantu mengurangkan body fat dan meningkatkan otot tanpa lemak.

Diet anda pertama sekali perlu memberi tumpuan kepada membangunkan fungsi sel yang optimum. Jika persekitaran dalaman anda tidak seimbang, sistem anda akan menghadapi kesukaran untuk membina tisu tanpa lemak (otot) yang baru dan membakar simpanan lemak yang berlebihan. Kekurangan nutrien adalah perkara biasa dan benar-benar melambatkan anda terutamanya jika tahap aktiviti anda meningkat. Jika maklumat ini menarik minat anda, sila berhubung dengan profesional untuk membincangkan tentang ujian dan rawatan untuk anda, jika perlu.

Anda mungkin juga ingin membaca artikel:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Phil Kelly

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?

Suka Cas Telefon Dalam Kereta? Ini Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Sekarang!


Ditulis oleh

Phil Kelly

Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan