Sila baca sehingga penghujung artikel untuk mendapatkan 5 tip kesihatan yang aneh tapi berkesan.
1. Jangan berus gigi sejurus selepas makan
Lebih baik untuk anda tidak memberus gigi sejurus selepas makan atau minum, terutamanya makanan atau minuman yang mengandungi asid. Contohnya buah-buahan sitrus, tomato atau minuman berkarbonat. Ia hanya akan merosakkan lagi gigi anda. Tunggu sehingga 30 minit ke 1 jam sebelum memberus gigi.
2. Bina otot untuk menjadi lebih kurus
Satu kilogram otot mempunyai berat sama seperti satu kilogram lemak. Tapi otot adalah lebih padat dan tidak memakan ruang yang besar.
3. Dapatkan lebih banyak kalori untuk turun berat
Karbohidrat hanya akan meningkatkan kadar gula darah anda dan membuatkan anda lebih lapar. Jika anda menambahkan protein dan lemak seperti kacang, ikan dan ayam, ia akan membuatkan anda kenyang lebih lama dan kurang makan. Jadi, berat badan akan lebih terkawal.
4. Minum minuman panas untuk menyejukkan badan
Di India, mereka akan minum air panas semasa cuaca panas. Bunyinya macam pelik tapi menurut kajian, minuman panas membantu badan anda menjadi sejuk lebih cepat berbanding minuman sejuk.
5. Bersenam untuk menambah tenaga
Setelah penat seharian bekerja, mahu bersenam pula?