Waktu pagi adalah saat yang sangat indah. Udara segar ditambah dengan bunyi kicauan burung (atau mungkin bunyi hon kereta di bandar) membuatkan fikiran lebih segar.
Namun mungkin ada beberapa perkara yang anda selalu lakukan di waktu pagi membuatkan pagi anda tercemar serta terganggu.
Apa perkara yang harus dielakkan di waktu pagi? Baca selanjutnya.
1. Membuka emel atau mesej
Ini adalah kesilapan yang besar. Lambakan emel dan mesej yang masuk ke dalam telefon bimbit atau komputer akan membuatkan anda tertekan dan risau sebelum sempat membuang tahi mata.
Uruskan diri anda terlebih dahulu. Nikmati kesegaran pagi sebelum berfikir tentang kerja.
2. Menangguh rancangan anda untuk bersenam
Kadangkala, waktu pagi juga saat yang sangat selesa untuk sambung tidur. Jadi, rancangan anda untuk bersenam di waktu pagi yang telah direncana sekian lama ditangguhkan dengan alasan masih ada masa.
Jangan! Sekali anda bertangguh, selamanya akan tertangguh.
3. Mandi air panas
Sudah tentu, air panas di waktu pagi adalah sesuatu yang sangat selesa. Malangnya, haba yang menyentuh tubuh anda memberitahu kepada sistem badan untuk mengembangkan otot serta menurunkan kadar degupan jantung. Akhirnya anda akan berada dalam keadaan mengantuk.
Jika mahu segar, mandi dengan air sejuk.
4. Berus gigi sejurus selepas makan
Tunggu selama 30 minit ke 1 jam sebelum berus gigi selepas makan, terutamanya jika anda mengambil makanan atau minuman berasid seperti buah sitrus, tomato atau kopi. Ia boleh merosakkan enamel pada gigi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
[embed-health-tool-bmi]