Banyak perkara tentang faraj yang mungkin kita tersalah anggap. Oleh itu, kami telah mendapatkan rundingan dari pakar mengenai 9 masalah berkaitan faraj yang popular dan bagaimana menanganinya.
Masalah vagina yang selalu dialami wanita
#1. Masalah vagina – Ketulan pelik
Anda pasti terkejut melihat ketulan dan tanda pelik di tempat peribadi anda. Menurut ob-gyn Alyssa Dweck, penulis bersama buku ‘V is for Vagina’, ia boleh membawa banyak maksud dan ia mungkin bukan isu serius.
Ia mungkin disebabkan pelbagai faktor seperti bulu yang ingin tumbuh sehingga ke sebaceous cyst (luka di bawah kulit).
Basuhan sabun suam mungkin pilihan yang baik, tetapi anda boleh menggunakan sedikit krim hydrocortisone jika ternampak keradangan. Sekiranya terasa menyakitkan, sila berjumpa doktor anda kerana ia mungkin jangkitan.
#2. Bau pelik
Sekiranya ada bau yang datang dari faraj anda, percayalah, anda patut tahu ada sesuatu yang tidak kena. Bau yang wujud itu boleh disebabkan oleh banyak perkara dan anda mungkin ingin mendapatkan nasihat doktor.
Sekiranya ia berbau busuk, ia mungkin kerana jangkitan bakteria dan anda memerlukan antibiotik untuk merawatnya.
Antara faktor lain yang boleh menjadi punca faraj berbau adalah disebabkan kondom dan tampon yang tertinggal.
#3. Berdarah dan bukan haid
Jika anda mengesan tompokan darah, ia mungkin kerana ketidakseimbangan hormon dari ubat.
Seandainya ia berterusan, sila berjumpa doktor anda kerana ia mungkin simptom jangkitan, kehamilan atau polip pada serviks anda.
Jika pendarahan berlaku selepas hubungan seksual atau dari bahan yang disingkirkan faraj, ia mungkin masalah STD dan anda perlu berjumpa doktor untuk ujian gonorea dan klamidia.
Tetapi jika ia berdarah selepas hubungan seksual yang ganas, tiada apa yang perlu dirisaukan.
#4. Gatal
Terasa seperti ada sesuatu dalam seluar dalam anda? Jika ia gatal yang berterusan terutama selepas penyingkiran bahan dari faraj, ia mungkin tanda jangkitan yis atau bakteria vaginosis.
Tetapi andai anda telah mencuba pelbagai perkara dan masih terasa gatal, ia boleh disebabkan tindak balas kulit terhadap sesuatu seperti sabun, pencuci feminin atau mungkin seluar dalam anda.
#5. Benda pelik
Seperti yang anda boleh jangkakan, penyingkiran benda pelik oleh faraj boleh disebabkan pelbagai isu. Tetapi jangan khuatir jika ia adalah perkara yang berlaku setiap bulan.
Sesetengah wanita akan berdepan dengan penyingkiran bahan setiap bulan. Namun jika ia berubah warna, konsistensi, atau bau, sila berjumpa doktor anda.
#6. Sakit
Kesakitan faraj atau vulva boleh menjadi tanda jangkitan atau STD. Jadi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor anda jika ia berlaku lebih dari satu atau dua hari.
Jika ia berlaku setiap kali selepas seks, ia mungkin disebabkan kekeringan pada faraj.
#7. Tidak selesa
Ia tidak sepatutnya berlaku. Tetapi sekiranya anda adalah seorang yang kerap berbasikal, anda mungkin perlu melabur sedikit wang untuk mendapatkan tempat duduk yang selesa dan bagus.
#8. Kering
Kekeringan faraj merupakan satu masalah yang kerap dihadapi oleh wanita lebih berusia.
Masalah kekeringan ini biasa berlaku selepas mengandung atau selepas mengambil ubat tertentu seperti antihistamin atau antidepresan. Sila berjumpa doktor jika anda perlukan bantuan.
#9. Ngilu
Rasa kesakitan pada faraj yang lebih mendalam, terutamanya semasa hubungan seks boleh menjadi tanda penyakit endometriosis atau ovarian cyst. Doktor anda boleh memastikannya dengan melakukan pemeriksaan pelvik atau ultrasound untuk mencari penyebabnya.
[embed-health-tool-ovulation]