Kebersihan mulut, lidah dan gigi merupakan satu aspek yang sama penting seperti menjaga kesihatan tubuh badan kita.
Cara paling mudah untuk memastikan gigi anda sihat adalah dengan memberus gigi anda dengan kerap.
Oleh itu, pemilihan berus gigi yang sesuai dan betul adalah penting menyingkirkan plak dan mengelakkan kerosakan pada gigi dan gusi.
Terdapat dua jenis pilihan: jenis elektrik dan jenis gigi manual (atau pakai buang).
Petua umum memilih berus gigi
Terdapat ciri-ciri tertentu yang harus dicari ketika memilih alat ini, sama ada manual atau elektrik:
Saiz
Alat ini seharusnya dapat memberus permukaan gigi anda dan tidak menyakitkan gusi anda.
Kepala berus gigi yang lebih kecil pasti dapat membolehkan anda untuk menjangkau tempat kecil dan bahagian belakang gigi anda.
Pemegang alat ini seharusnya bersesuaian dengan tangan anda dan selesa.
Bulu berus
Penggunaan jenis elektrik akan membolehkan anda menukar bulu berus: lembut, sederhana atau keras.
Bagi kebanyakan individu, jenis lembut adalah pilihan yang paling selamat walaupun sebenarnya akan membuatkan anda cenderung untuk menggosok gigi dengan kuat.
Memilih alat ini yang keras boleh merosakkan gusi, permukaan akar, perlindungan enamel gigi.
Penjagaan berus gigi untuk mulut lebih cantik
#1. Jangan berkongsi
Seperti jangkitan lain, berkongsi alat ini boleh membawa kepada jangkitan yang disebarkan melalui air liur dan cecair badan yang lain.
Amalan ini boleh menjadi kebimbangan khusus bagi mereka yang memiliki sistem imunisasi badan yang rendah atau sememangnya sudah dijangkiti penyakit berjangkit.
#2. Penjagaan berus gigi
Selepas memberus gigi, cuci alat ini untuk mengeluarkan apa-apa ubat gigi atau kekotoran dari berus.
Anda mesti menyimpan alat ini dalam kedudukan menegak untuk membolehkan ia kering untuk penggunaan yang seterusnya.
Sebaiknya, jika boleh, pisahkan alat ini anda dari bercampur dengan berus gigi individu lain untuk mengelakkan sebarang pencemaran silang.
#3. Elakkan menyimpan dalam bekas
Anda mungkin berfikir bahawa menyimpan dalam bekas boleh melindungi alat ini dari kekotoran.
Tetapi, menyimpannya dalam bekas tertutup boleh menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma lebih kondusif berbanding dalam udara terbuka.
#4. Ganti berus gigi
Alat ini akan menjadi haus selepas beberapa bulan digunakan dan ia bergantung kepada kekerapan penggunaannya.
Jenis yang khas untuk kanak-kanak perlu lebih kerap diganti berbanding berus gigi dewasa.
Pakai buang atau elektrik?
Selagi anda membersihkan gigi dengan kerap menggunakan teknik memberus yang betul, pasti anda dapat mengurangkan peningkatan plak dan menjadikan gigi anda sihat, tidak kira sama ada anda menggunakan jenis elektrik atau manual.
Berikut adalah beberapa perkara yang harus diingat semasa anda membuat pilihan memilih jenis yang terbaik:
Kos
Walaupun terdapat beberapa pilihan berus gigi berkuasa mampu milik yang dijual, pastinya jenis elektrik memiliki kos lebih tinggi berbanding jenis manual.
Selain perbelanjaan membeli jenis elektrik, anda perlu kerap menggantikan kepalanya boleh tanggal sekerap anda menggantikan jenis manual anda.
Pastinya, jika penggunaan jenis elektrik dapat membantu menjaga gigi anda lebih bersih, ia dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bil pergigian anda.
Kecenderungan
Sebenarnya, berus gigi yang terbaik adalah apabila anda dapat menggunakannya dengan baik.
Sesetengah individu mungkin tidak suka rasa bergetar apabila menggunakan jenis elektrik.
Bagi sesetengah yang lain pula, mungkin berpendapat penggunaan jenis elektrik dapat membantu membersihkan permukaan gigi dengan lebih efektif.
Ini mungkin benar untuk mereka yang memiliki masalah seperti kesakitan arthritis.
Jika anda suka menggunakannya, ia menjadikan anda lebih cenderung untuk memberus gigi mengikut jangka masa yang disyorkan – dua minit.
Sesetengah jenis elektrik turut dicipta dengan fungsi pemberitahu masa (build in-timer).
Keberkesanan
Melalui hampir 30 kajian saintifik yang telah banyak dijalankan untuk mengkaji keberkesan jenis elektrik dan jenis manual.
Hasil kajian menunjukkan tidak banyak perbezaan signifikan dapat dilihat antara penggunaan jenis elektrik dan manual dalam keupayaan mengeluarkan plak dan mencegah penyakit gusi, gigi dan mulut.
Namun terdapat bukit menunjukkan jenis elektrik tertentu yang dipanggil jenis berputar (rotation oscillation toothbrush), adalah lebih berkesan berbanding jenis manual.
[embed-health-tool-bmi]