backup og meta

5 Tabiat Menyebabkan Bibir Kering

5 Tabiat Menyebabkan Bibir Kering

Bibir adalah bahagian yang penting dalam penampilan diri. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang memberikan perhatian kepada bibir atau memberikannya penjagaan yang diperlukan. Banyak faktor yang menyumbang kepada bibir kering dan kita akan menemui 5 daripadanya dalam artikel ini.

Dehidrasi

Bibir kering boleh disebabkan oleh dehidrasi.cSebagai contoh, jika anda tidak memenuhi pengambilan air yang disyorkan dalam sehari, bibir anda akan terjejas. Ia akan menjadi luka dan kering serta menjadi kurang seksi.

Menjilat bibir

Kebanyakan orang suka melakukannya tanpa sedar. Kadangkala ia sudah menjadi satu tabiat. Ada juga yang melakukannya kerana menyangka air liur boleh melembapkan bibir mereka. Apa pun sebabnya, ada tidak perlu melakukannya. Memandangkan bibir tidak mengandungi dan tidak boleh menghasilkan lapisan minyak semula jadi yang tebal seperti kulit, ia cenderung untuk menjadi lebih kering selepas air liur tersejat.

Pelindung matahari

Pada musim panas apabila anda pergi ke pantai atau berjoging di luar, penting untuk memberikan perlindungan pada badan dan bibir anda. Pelindung matahari muka yang biasa adalah berkesan tetapi anda mungkin mahu menggunakan dalam balsem bibir yang mengandungi SPF kerana ia mempunyai kesan kelembapan yang lebih efektif.

Anda juga perlu memakai pelindung bibir pada musim sejuk. Cuaca sejuk dan angin di luar membuatkan bibir merekah. Tambahan pula, tak banyak cahaya matahari yang dapat dilihat tetapi sinar UV dilaporkan menjadi lebih kuat dan menyebabkan lebih banyak kerosakan.

Ubat

Sesetengah jenis ubat-ubatan seperti accutane, propranolol atau prochlorperzazine boleh membuatkan bibir anda pecah. Sila berunding dengan doktor anda tentang kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. Ingat untuk memberitahu doktor jika bibir anda menjadi sangat kering, tidak stabil dan mula berdarah.

Vitamin

vitamin memainkan peranan penting dalam kesihatan bibir. Kekurangan beberapa vitamin dan penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan beberapa kesan pada bibir anda.

Vitamin B-3 boleh mengekalkan kelembapan bibir manakala vitamin B-12 membantu proses penyembuhan. Zink menggalakkan pertumbuhan sel dan vitamin-A membantu penghasilan minyak semula jadi pada bibir. Oleh itu, jangan lupa untuk membekalkan badan anda dengan sumber vitamin yang baik. Sila berbincang dengan doktor peribadi anda sebelum mengambil vitamin tambahan kerana terlalu banyak vitamin-A boleh membuatkan bibir anda mengelupas.

Rawatan

Terdapat banyak penyelesaian yang ada untuk menyembuhkan dan melindungi bibir anda. Pertama sekali, cara yang tertua dan paling tradisional adalah untuk minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kedua, membawa dan memakai balsem bibir SPF sepanjang masa. Seterusnya, tambah lebih banyak sayur-sayuran dalam diet anda untuk mendapatkan khasiatnya. Akhir sekali, buang tabiat menjilat, menggigit atau mengunyah bibir anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Most Common Causes Of Chapped Lips. https://www.symptomfind.com/health/causes-of-chapped-lips/ acessed March 18, 2017

How to Heal Chapped Lips Quickly. http://www.livestrong.com/article/69330-heal-chapped-lips-quickly/ acessed March 18, 2017

Chapped Lips (Cheilitis): Causes, Symptoms, Treatments and Prevention. https://www.consumerhealthdigest.com/lip-care-center/chapped-lips.html acessed March 18, 2017

Versi Terbaru

07/10/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Jangan Ambil Ringan, Malas Gosok Gigi Boleh Sebabkan Penyakit Kronik Ini!

12 Cara PALING Berkesan Untuk Hilangkan Rasa Sakit Gigi Bergoyang, Boleh Cuba Di Rumah Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan