home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Untuk Berdaya Tahan Secara Mental

Bagaimana Untuk Berdaya Tahan Secara Mental

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.

Pernahkah anda perasan bahawa sesetengah individu mudah menerima keadaan dan situasi luar jangkaan sementara yang lain bergelut untuk menghadapi perubahan, cabaran dan peristiwa negatif? Apa yang membuatkan mereka bertindak balas begitu berbeza dengan peristiwa hidup yang berlaku? Selain daripada faktor biologi, terdapat pelbagai faktor psikologi dan sosial yang juga memberi kesan.

Apakah itu ketahanan mental?

Ketahanan mental adalah keupayaan mental yang dapat beradaptasi dengan baik dalam menghadapi kesulitan, cabaran dan pelbagai sumber tekanan dengan menggunakan proses mental yang positif untuk melindungi individu daripada kesan negatif cabaran-cabaran ini.

Bagaimana untuk berdaya tahan secara mental?

Tetapkan tujuan

Mulakan perjalanan anda dengan matlamat SMART yang berkesan (specific, measurable, attainable, realistic and time-based). Menetapkan matlamat jangka panjang dapat membantu anda mengelakkan dikaburi kesenangan jangka pendek sahaja. Pastikan ianya bersifat kecil untuk membantu anda menjadi lebih fokus pada matlamat tertentu dan tidak berlebihan dengan terlalu banyak matlamat.

Tanyakan pada diri sendiri setiap hari, “Apa yang dapat saya lakukan ‘HARI INI’ untuk mendekatkan diri dengan matlamat ini” – Kenal pasti tugas-tugas yang boleh anda capai daripada hari ke hari yang akhirnya akan membantu anda mencapai matlamat anda pada masa akan datang.

Mempunyai tanggapan yang baik terhadap individu lain

Sebelum bertindak balas dengan sebarang serangan peribadi, wujudkan anggapan yang baik terhadap individu lain dengan memeriksa sama ada ia benar-benar berniat menyerang atau tidak sengaja.

Sentiasa melihat kepada fokus yang lebih besar dan tumpukan pada semangat dan tujuan anda. Ini membantu anda melihat perkara negatif di sekeliling anda sebagai lebih kecil dan membantu anda fokus untuk mencapai matlamat anda dalam kehidupan.

Raikan kemenangan kecil dan besar tetapi akui dan analisis kesilapan lalu

Motivasi diri penting untuk membantu anda terus maju. Ia agak mencabar untuk memotivasikan dan bersifat positif terhadap individu-indidvidu di sekeliling anda jika anda sendiri tidak gemar bersikap positif terhadap diri anda.

Namun pada masa yang sama, jujur dengan diri anda dan akui kesilapan lalu. Ini akan membuka jalan untuk pelan masa hadapan yang berkesan.

Selami dan hargai pengalaman positif yang anda pelajari berbanding pengalaman yang negatif. Sediakan sebuah buku untuk mengingatkan anda tentang refleksi positif untuk memastikan anda berdaya tahan, kerana refleksi negatif hanya membuatkan anda kekal berada di tahap yang rendah.

Mempunyai lokus kawalan dalaman

Individu yang mempunyai lokus kawalan dalaman iaitu kepercayaan bahawa mereka berupaya mengawal paa yang berlaku dalam kehidupan mereka cenderung menjadi lebih berani dalam menghadapi cabaran dan kesukaran.

Ini boleh dilakukan dengan menyedari bahawa walaupun terdapat banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan di luar kawalan anda, terdapat juga sejumlah perkara yang anda mampu untuk mengawalnya. Ini akan mendorong anda untuk mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi cabaran-cabaran yang mungkin anda hadapi dalam kehidupan. Ini juga akan membantu anda mengukuhkan keyakinan diri dan memudahkan anda untuk mengatakan ‘Tidak’ pada masa yang sesuai.

Kehidupan kadangkala boleh menjadi seperti roller coaster. Semasa berada di puncak, nikmatilah pemandangannya dan apabila berada di bawah, teruslah berpegang dengan kuat dan bertahan. Apa sahaja yang anda lakukan, jangan hilang keyakinan kerana pada akhirnya, semuanya akan menjadi lebih baik.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan Disemak pada 03/12/2019
x