Fakta ini berkaitan dengan pilihan secara sukarela bukan kerana anda terpaksa untuk merehatkan minda — yang hanya akan berfungsi apabila minda kita dengan spontan terarah kepada sesuatu yang menarik dan kadang-kadang tidak memerlukan usaha dan tumpuan yang lebih.
Dalam kes ini, ia adalah gambar atau ciri landskap yang menyenangkan. Kita masih boleh bercakap dan berfikir sambil melihat elemen berkenaan. Sebaliknya, berjalan di jalan raya yang sibuk adalah meletihkan dalam tempoh yang lama kerana kita perlu memberi perhatian terhadap kereta dan basikal, dan orang yang mungkin akan terlanggar kita.
Anda juga tidak perlu tinggal berhampiran persekitaran yang kaya dengan alam semulajadi untuk merehatkan minda. Jalan bandar yang lebih tenang keadaan lalu-lintas dan ditambah dengan unsur-unsur semulajadi yang menarik untuk dilihat, seperti pohon-pohon rimbun dan pasu bunga, juga mampu memberi sedikit ketenangan.
Bagi menambah baik kualiti rehat minda, penyelidikan tentang elemen-elemen semulajadi paling berkesan dalam peningkatan kognitif masih giat dijalankan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen