backup og meta

Bagaimana Alam Boleh Melegakan Tekanan Anda

Bagaimana Alam Boleh Melegakan Tekanan Anda

Menurut Michael Posner, Profesor Emeritus di University of Oregon yang melakukan kajian mengenai kadar penumpuan manusia dengan merumuskan otak kita menjadi letih selepas tempoh bekerja yang panjang. Terutamanya jika tugas itu berulang-ulang dan memerlukan tumpuan lebih daripada biasa. Akibatnya, mereka yang terlalu letih, turut sama mengalami stres.

Dalam menangani stres, berehat merupakan satu-satunya pilihan yang ada, jika anda benar-benar ingin mengembalikan semula tenaga, semangat dan tumpuan. Menurut The Wall Street Journal, berjalan-jalan di taman boleh menjadi penyelesaian yang mudah namun sangat berkesa manakala pengambilan kopi hanya akan menambah masalah baru kepada anda, kerana anda mungkin sukar melelapkan mata walaupun minda sudah tidak berupaya untuk berfungsi sepenuhnya

Alam mengurangkan tekanan

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa bersiar-siar sambil menikmati pemandangan semulajadi dapat meningkatkan fokus anda. Melihat pemandangan dan mendengar bunyi alam semulajadi, dapat menenangkan minda serta memberi banyak manfaat positif kepada otak. Bahkan Dr Marc Berman dan rakan-rakannya di University of Michigan mendapati bahawa berjalan-jalan melalui arboretum (kawasan yang ditanam dengan spesies pokok tertentu untuk tujuan pemuli­haraan sumber genetik, pendidikan dan pe­nye­lidikan) dapat meningkatkan prestasi seseorang pada ingatan dan ujian tumpuan meningkat hingga 20 peratus. Sebaliknya, apabila berjalan melalui jalan raya yang sibuk di bandar sebagai cara untuk berehat, langsung tiada rangsangan kognitif yang dapat dikesan.

Ini ditambah pula dengan dapatan yang mungkin mengejutkan ini, di mana dengan hanya melihat gambar alam semulajadi di dalam sebuah bilik yang tenang, cukup untuk meningkatkan kecekapan kognitif yang lebih baik berbanding bersiar-siar di jalan bandar yang sibuk.

Dalam kajian susulan, para penyelidik meminta para peserta untuk berehat selama 10 minit di bilik yang tenang dan melihat gambar pemandangan alam atau berjalan di bandar. Hasilnya membuktikan bahawa berehat dengan alam dapat meningkatkan prestasi kognitif, walaupun ia sekadar sekeping gambar yang digantung di dinding. Rangsangan itu tidak banyak berbanding apabila para peserta berjalan kaki di antara pokok-pokok di taman. Secara ringkasnya, jika anda ingin bersiar-siar untuk merehatkan minda, pilihlah taman dengan keindahan semulajadi berbanding hiruk-pikuk jalan bandar yang menyesakkan. 

Jangan terlalu fikirkan mengenai manfaat, rehatlah dan nikmati keindahan alam!

Kadang-kadang anda merasakan bersiar-siar di taman seakan tidak memberi manfaat untuk merehatkan minda, ini kerana anda merasakan bagai tiada peningkatan pada kualiti tumpuan minda. Dr Berman menyatakan dengan melakukan sesuatu perkara yang kita gemar sebagai cara merehatkan minda, tidak semestinya berakhir dengan keadaan minda yang lebih baik.

Fakta ini berkaitan dengan pilihan secara sukarela bukan kerana anda terpaksa untuk merehatkan minda — yang hanya akan berfungsi apabila minda kita dengan spontan terarah kepada sesuatu yang menarik dan kadang-kadang tidak memerlukan usaha dan tumpuan yang  lebih.

Dalam kes ini, ia adalah gambar atau ciri landskap yang menyenangkan. Kita masih boleh bercakap dan berfikir sambil melihat elemen berkenaan. Sebaliknya, berjalan di jalan raya yang sibuk adalah meletihkan dalam tempoh yang lama kerana kita perlu memberi perhatian terhadap kereta dan basikal, dan orang yang mungkin akan terlanggar kita.

Anda juga tidak perlu tinggal berhampiran persekitaran yang kaya dengan alam semulajadi untuk merehatkan minda. Jalan bandar yang lebih tenang keadaan lalu-lintas dan ditambah dengan unsur-unsur semulajadi yang menarik untuk dilihat, seperti pohon-pohon rimbun dan pasu bunga, juga mampu memberi sedikit ketenangan.

Bagi menambah baik kualiti rehat minda, penyelidikan tentang elemen-elemen semulajadi paling berkesan dalam peningkatan kognitif masih giat dijalankan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Research shows nature helps with stress https://dirt.asla.org/2011/09/08/research-shows-nature-helps-with-stress/ Accessed October 1, 2016

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan