home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Tanda-tanda Kleptomania atau Ketagihan Mencuri

Tanda-tanda Kleptomania atau Ketagihan Mencuri

Mungkin anda pernah menemui penderita kleptomania dalam kalangan kenalan anda, atau pernah menjadi mangsa seorang kleptomania atau mungkinkah anda sendiri yang sedang menghadapinya? Kleptomania ialah keadaan yang membuat penderitanya kerap mengambil barang milik orang lain. Ia merupakan ketidakupayaan berulang untuk menahan dorongan mencuri barang yang bukannya anda perlukan dan biasanya tidak mempunyai nilai. Kleptomania adalah masalah kesihatan mental yang jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan penderaan emosi kepada anda dan orang tersayang jika tidak dirawat.

Kleptomania adalah sejenis gangguan yang disifatkan dengan masalah mengawal emosi atau tingkah laku. Ini bererti kesukaran menahan diri daripada godaan atau keinginan untuk melakukan tindakan yang berlebihan atau berbahaya kepada anda atau orang lain.

Ramai orang yang menghidap kleptomania hidup dalam keadaan malu dan merahsiakan ketagihan mereka kerana tidak mahu mendapatkan rawatan kesihatan mental. Walaupun kleptomania tidak boleh disembuhkan, rawatan dengan ubat atau terapi perbualan (psikoterapi) boleh membantu menamatkan tabiat mencuri yang kompulsif.

Simptom-simptom kleptomania

Punca kleptomania tidak diketahui dengan jelas, tetapi mungkin berpunca disebabkan perubahan bahan kimia dalam otak, yang disebut neurotransmitter. Berikut merupakan beberapa simptom yang mungkin dihadapi penghidap kleptomania:

1. Tidak mampu menahan dorongan untuk mencuri

mencuri

Tidak seperti orang normal yang lain, penderita kleptomania selalu mendapat dorongan kuat untuk mengambil barang milik orang lain. Namun ini berbeza dengan pencuri yang mencuri kerana menginginkan suatu barang yang tidak mampu untuk dibelinya.

Sebaliknya, kleptomania sebenarnya tidak terlalu memerlukan barang tersebut, bahkan biasanya memiliki wang untuk membelinya sendiri. Namun, mereka tidak dapat menahan diri untuk tidak mengambil barang tersebut.

2. Merasa puas setelah mencuri

mencuri

Sebelum melakukannya, biasanya penderita kleptomania akan diselimuti perasaan takut dan cemas jika diketahui orang lain. Tetapi perkara ini tidak berlanjutan lama kerana mereka akan tetap mengambil barang milik orang lain.

Barang yang diambil pula sebenarnya tidak terlalu berguna untuk mereka, sehingga akhirnya hanya akan disimpan, disumbangkan, atau dikembalikan ke tempat asal secara diam-diam. Namun yang pasti, bukan untuk kegunaannya.

3. Terjadi secara spontan

‘Episod’ kleptomania biasanya muncul dengan tidak diduga dan tanpa perancangan yang matang. Ini bererti penderita kleptomania boleh melakukan aksinya di mana sahaja, termasuklah di tempat umum sekalipun.

Ini kerana dorongan untuk mencuri boleh muncul di mana pun penderita berada, tanpa mengenal tempat. Pelakunya pun boleh melakukan aksinya seorang diri tanpa perlu kerjasama atau bantuan daripada orang lain.

4. Dorongan untuk mencuri selalu kembali

Kleptomania boleh diibaratkan seperti penyakit yang datang berulang. Penderitanya mungkin sudah mendapatkan barang yang diinginkan, tapi ini tidak menutup kemungkinan dorongan untuk mencuri itu akan kembali lagi di kemudian hari.

Pun begitu, keinginan tersebut datang dalam tahap yang berbeza, sama ada pada tahap yang lemah hinggalah tahap dorongan yang sangat kuat dan sukar untuk ditahan.

5. Tidak dilakukan kerana ingin membalas dendam

Kleptomania mungkin melakukan aksinya dimana sahaja tanpa mengenal tempat dan waktu. Apa yang dilakukannya pun bukan kerana ingin meluahkan kemarahan atau membalas dendam kepada orang lain. Sebaliknya hanya untuk menyalurkan keinginan yang tidak dapat ditahan daripada dalam dirinya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Kleptomania. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9878-kleptomania Diakses pada 20 Agustus 2018.

Kleptomania. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kleptomania/symptoms-causes/syc-20364732 Diakses pada 20 Agustus 2018.

Kleptomania. https://www.psychologytoday.com/us/conditions/kleptomania Diakses pada 20 Agustus 2018.

What You Should Know About Kleptomania. https://www.verywellmind.com/what-you-should-know-about-kleptomania-4137660 Diakses pada 20 Agustus 2018.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kleptomania/symptoms-causes/syc-20364732

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 29/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor