home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tabiat Merangsang Kesihatan Emosi

Tabiat Merangsang Kesihatan Emosi

Kesihatan emosi memberi kesan yang besar kepada kehidupan. Kita sentiasa boleh bekerja, tetapi kita boleh bekerja dengan lebih baik apabila kesihatan emosi pada tahap yang memuaskan. Begitu juga lain-lain aspek dalam hidup yang dipengaruhi oleh emosi kita. Oleh itu, penting untuk mempunyai tabiat yang membantu merangsang emosi anda!

Sahabat yang baik

Tiada siapa yang patut bersendirian atau terpisah. Sahabat membuat kehidupan lebih berkembang. Jelas sekali, orang yang mempunyai banyak kawan mungkin kelihatan gembira, tetapi orang yang mempunyai sahabat yang baik adalah jauh lebih baik. Kita semua memerlukan orang yang boleh mendengar masalah kita, memberi kita petunjuk dan berada di sisi saat kesusahan. Dalam erti kata lain, kita memerlukan orang yang mengambil berat tentang kita dan dalam masa yang sama ingin menemani kita. Oleh itu, apabila ditimpa kesusahan, anda sentiasa boleh mendapatkan mereka dan berkongsi. Bercakap dengan orang yang memahami membantu anda mencari penyelesaian dengan lebih mudah.

Senaman

Senaman telah dimaklumi sebagai cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Pendek kata, mod anda bertambah baik, harga diri anda bertambah baik, tidur lebih baik, makan dengan lebih baik dan secara keseluruhan, anda berasa lebih baik. Kita jarang melihat orang yang bersenam tertekan. Walaupun senaman bukanlah kegemaran anda, cukup dengan hanya menjadi aktif secara fizikal. Lakukan sekadar berjalan kaki atau menyertai kelab menari. Ia boleh memberikan manfaat yang sama.

Diet yang sihat

Diet yang sihat tidak hanya mencegah penyakit tetapi juga mengekalkan kesihatan mental anda. Otak dan mod anda terkesan dengan pilihan makanan yang lemah. Makan yang kurang baik hanya akan membuatkan anda menjadi lemah, dan sistem imun anda berfungsi dengan lebih teruk. Dengan diet yang sihat mengandungi lemak sihat dan kurang gula, anda akan dapat kesan yang positif sebagai balasan seperti tidur yang lebih baik, rupa yang lebih baik, lebih bertenaga, dan mod yang lebih baik.

Dapatkan tidur yang cukup

Ramai orang tertekan dengan tompok hitam di bawah mata mereka, disebabkan kurang tidur. Kurang tidur hanya boleh diterima jika anda mempunyai kehidupan yang benar-benar sibuk. Namun, walaupun anda sibuk membuat duit, menghabiskan waktu malam tanpa tidur bukanlah adalah idea yang baik. Tidur memastikan mod anda baik sepanjang hari. Jika anda kurang tidur, anda berisiko membuatkan diri anda lebih cenderung untuk menjadi agresif walaupun terhadap perkara-perkara kecil dan keadaan anda secara keseluruhan juga terjejas. Akhirnya, tiada yang dapat mengatasi tidur yang cukup.

Walaupun tidak mudah untuk mengamalkan tabiat di atas, anda sentiasa boleh cuba untuk mengambil langkah pertama. Jika anda tidak boleh mengamalkan tabiat yang sihat sekarang, anda boleh membuat perubahan yang kecil. Tidak perlu tergesa-gesa.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

“Building Mental and Emotional Health”
http://www.helpguide.org/articles/emotional-health/improving-emotional-health.htm Accessed December 13th, 2016

“10 Ways to Boost Your Emotional Health”
http://www.everydayhealth.com/emotional-health/10-ways-to-boost-emotional-health.aspx Accessed December 13th, 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 28/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x