backup og meta

Simptom Umum Kecelaruan Personaliti Pinggiran

Simptom Umum Kecelaruan Personaliti Pinggiran

Kecelaruan Personaliti Pinggiran atau Borderline Personality Disorder (BPD), adalah masalah yang wujud dalam fikiran. Ia boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan gangguan mental yang lain. Artikel ini akan membantu anda untuk memahami lebih lanjut mengenai tanda dan simptom gangguan ini untuk diagnosis dan rawatan yang lebih baik.

Kecelaruan Personaliti Pinggiran

Setiap individu boleh mengalami mental dalam satu fasa kehidupan. Kebanyakan gangguan itu akan hilang selepas berlaku peristiwa tertentu. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai BPD, masalah yang akan anda hadapi adalah lebih serius. Tanda dan simptom boleh bertahan untuk tempoh yang lama dan berulang dalam kehidupan.

Ada masanya anda akan bertanya tentang siapa anda, hobi, pemikiran, dan nilai kehidupan yang boleh diubah.

Tanda dan simptom

  • Takut untuk bersendirian, merasakan semua individu akan meninggalkan anda.
  • Hubungan sosial terjejas. Berdepan dengan hubungan yang tidak stabil dengan keluarga, insan yang disayangi, rakan, saudara mara. Ada masanya anda akan fikir mereka rapat dengan anda, atau anda akan fikir bahawa mereka tidak peduli tentang anda atau tidak menyayangi anda secukupnya.
  • Harga diri berubah. Merasakan bahawa anda seperti tidak wujud dan tiada siapa mengetahui tentang anda. Atau wujud perasaan bahawa anda tidak bernilai dan tidak baik.
  • Merasa kesepian, kekosongan.
  • Wujud tingkah laku pelik yang boleh membahayakan diri, seperti, aktiviti seksual tidak selamat, makan terlalu banyak, pemanduan tidak selamat, penyalahgunaan dadah, atau berhenti kerja, tidak pergi ke sekolah atau memutuskan hubungan.
  • Emosi berubah tidak menentu; gembira, malu, gelisah selama berjam ke hari, tanpa sebab.
  • Marah dengan keluarga, rakan dengan kerap walaupun mereka tidak melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan kemarahan.
  • Anda cuba untuk membunuh diri.
  • Ada masanya, merasakan bahawa anda tidak berada dalam diri. Melihat badan pada jarah yang jauh.

Dapatkan rawatan

Tanda dan simptom ini boleh wujud untuk tempoh yang lama tetapi anda tidak menyedarinya. Apabila acara seperti percutian berakhir, simptom dan tanda ini cenderung untuk hadir dan anda akan menyedarinya. Anda akan cenderung untuk mengeluarkan perkataan yang tidak baik berbanding individu normal lain.

Simptom di atas bukan simptom khusus untuk BPD. Ramai individu dengan gangguan mental lain atau mungkin dengan keadaan mental yang sihat juga turut memiliki simptom seperti ini. Jadi anda perlu berjumpa doktor atau psikologi untuk mendapatkan diagnosis lebih tepat.

BPD adalah penyakit mental di mana anda mungkin mempunyai rasa takut dan marah apabila bersendirian. Namun, simptom untuk gangguan ini mungkin boleh menjadi tanda kepada gangguan mental yang lain dan anda tidak mempedulikan tentangnya. Jadi, adalah penting untuk berjumpa dengan profesional kesihatan mental untuk mengetahui sama ada anda didiagnos dengan BPD dan keperluan rawatan jika diperlukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Borderline Personality Disorder. https://www.nimh.nih.gov/health/topics/borderline-personality-disorder/index.shtml. Accessed December 4, 2016.

Borderline Personality Disorder – Symptoms. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/borderline-personality-disorder/basics/symptoms/con-20023204. Accessed December 4, 2016.

Borderline Personality Disorder – Topic Overview. http://www.webmd.com/mental-health/tc/borderline-personality-disorder-topic-overview. Accessed December 4, 2016.

Borderline personality disorder. https://medlineplus.gov/ency/article/000935.htm. Accessed December 4, 2016.

 

 

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan