Delusi adalah simptom, bukannya penyakit. Ia boleh berlaku disebabkan penyakit mental, saraf atau sesetengah penyakit perubatan. Gangguan delusi (delutional disorders) pula adalah sejenis penyakit di mana terdapat simptom delusi. Selain itu, ia juga boleh berlaku dalam skizofrenia, bipolar, kemurungan, meracau (delirium) dan demensia.
Jenis-jenis yang berbeza
Simptom ini boleh datang dalam pelbagai bentuk:
1. Delusi penyeksaan (delusions of persecution) – mempercayai bahawa ada orang (kebiasaannya istilah yang tidak jelas seperti ‘mereka’ digunakan) ingin menangkap atau membunuhnya. Kadangkala, dakwaan tersebut adalah tidak masuk akal. Contohnya, polis Amerika sedang memburunya dan sentiasa mengekorinya ke mana-mana.
2. Delusi sangkaan (delusions of reference) – merasakan bahawa perkara yang berlaku di sekelilingnya mempunyai kaitan rapat dengannya, sedangkan ia hanya bersifat umum. Contohnya, selebriti atau pemimpin utama negara yang menyampaikan pesanan kepada orang ramai dirasakan dituju kepada dirinya secara khusus.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen