backup og meta

Delusi: Apa yang Berlaku?

Delusi: Apa yang Berlaku?

Delusi ialah mempercayai sesuatu perkara yang secara jelas adalah salah. Mereka yang mengalami delusi sangat yakin akan kepercayaan tersebut dan tetap dengannya meskipun telah dibuktikan sebaliknya. Ia adalah berbeza dengan idea atau pemikiran tidak munasabah di mana masih terdapat sedikit keraguan terhadapnya.

Delusi adalah simptom, bukannya penyakit. Ia boleh berlaku disebabkan penyakit mental, saraf atau sesetengah penyakit perubatan. Gangguan delusi (delutional disorders) pula adalah sejenis penyakit di mana terdapat simptom delusi. Selain itu, ia juga boleh berlaku dalam skizofrenia, bipolar, kemurungan, meracau (delirium) dan demensia.

Jenis-jenis yang berbeza

Simptom ini boleh datang dalam pelbagai bentuk:

1. Delusi penyeksaan (delusions of persecution– mempercayai bahawa ada orang (kebiasaannya istilah yang tidak jelas seperti ‘mereka’ digunakan) ingin menangkap atau membunuhnya. Kadangkala, dakwaan tersebut adalah tidak masuk akal. Contohnya, polis Amerika sedang memburunya dan sentiasa mengekorinya ke mana-mana.

2. Delusi sangkaan (delusions of reference– merasakan bahawa perkara yang berlaku di sekelilingnya mempunyai kaitan rapat dengannya, sedangkan ia hanya bersifat umum. Contohnya, selebriti atau pemimpin utama negara yang menyampaikan pesanan kepada orang ramai dirasakan dituju kepada dirinya secara khusus.

3. Delusi kebesaran dan kemulian (delusions of grandeur– mempercayai bahawa beliau adalah seorang yang terkenal dan penting seperti nabi dan perdana menteri. Kadangkala, ia melibatkan sesuatu yang berlebihan seperti mempunyai kuasa atau mukjizat tertentu.

4. Delusi pengaruh (delusions of control– percaya bahawa ada kuasa luar cuba mengawal dan mempengaruhi pemikiran serta tindakannya. Contohnya, orang lain boleh membaca fikirannya atau menanam pemikiran ke dalam otaknya.

Jangan jadikannya sebagai bahan lawak

Jika ada orang yang berkongsi kepada anda tentang simptom yang dialaminya, anda mungkin merasakan ia adalah dongeng dan lawak. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja orang mendakwa dia boleh terbang. Tentulah kelakar.

Walau bagaimanapun, anda harus sedar. Jika itu benar-benar disebabkan oleh delusi, dia perlu dirujuk kepada ahli profesional. Anda mungkin melihat ia sebagai khayalan tetapi bagi mereka, ia seolah-olah 100% benar tanpa sedikit pun keraguan. Bayangkan bagaimana seseorang ingin menjelaskan sesuatu yang benar-benar jelas baginya sedangkan orang lain terus tidak mengendahkannya?

Oleh itu, jangan ambil mudah. Sebaliknya, tolonglah mereka mendapatkan bantuan yang betul.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Delusion – https://psychcentral.com/encyclopedia/delusion/

Mental Health and Delusional Disorder – https://www.webmd.com/schizophrenia/guide/delusional-disorder#1

Understanding Delusions – https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3016695/

Versi Terbaru

15/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhamad Firdaus Rahim


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan