backup og meta

BERHENTI Body Shaming Diri Sendiri! Anda Pasti Tak Sangka Kesan Buruknya

BERHENTI Body Shaming Diri Sendiri! Anda Pasti Tak Sangka Kesan Buruknya

“Badan aku dah gemuk lah…”

“Muka aku dah penuh dengan jerawat…”

“Kulit aku dah makin gelap…”

Biasa dengan omelan sebegini apabila keluar bersama rakan-rakan anda? Anda mungkin tidak tahu untuk memberi respons memandangkan bukan anda yang komen tentang mereka. Sebaliknya, rakan anda yang mengkritik tubuh badan mereka sendiri. 

Isu body shaming tubuh badan ini tidak semestinya melibatkan dua pihak. Ia juga boleh terjadi walaupun hanya dengan kritikan daripada tuan empunya badan itu sendiri. 

Walaupun hanya tuan badan yang mengkritik tubuh mereka sendiri, tidak bermakna ia memberikan kesan yang baik. Malah, menurut ahli terapi dan profesor psikologi, ia sebenarnya memberikan kesan yang lebih buruk yang tidak disangka.

Body shaming tubuh sendiri- Fat talk yang tidak memberi manfaat

tubuh badan

Terdapat satu frasa dalam bahasa Inggeris yang disebut sebagai fat talk. Fat talk ialah sebarang kata-kata atau komen negatif berkenaan berat, bentuk atau saiz tubuh badan

Tabiat pemakanan dan senaman juga boleh dianggap sebagai fat talk sekiranya ia berkisar berkenaan kata-kata yang negatif. Sebagai contoh, jika anda bercakap mengenai lemak perut anda yang semakin bertambah, ia dianggap sebagai fat talk walaupun diri anda sendiri yang bercakap mengenainya.

Kesan negatif body shaming tubuh badan

Menurut Profesor Psikologi, Renee Engeln, individu yang melibatkan diri dalam fat talk hanya akan meningkatkan rasa tidak puas hati berkenaan tubuh badan mereka, menerbitkan rasa malu dan mencetus tabiat pemakanan yang tidak teratur

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Renee Engeln, dengan hanya mendengar individu lain bercakap mengenai fat talk, ia sudah dapat meningkatkan ‘tahap tidak berpuas hati’ berkenaan tubuh badan sendiri. Selain itu, mendengar kata-kata fat talk ini juga boleh meningkatkan rasa bersalah dan malu seseorang individu.

Ini menunjukkan bahawa, dengan hanya mendengar orang lain bercakap mengenai fat talk, ia sudah cukup untuk memberikan kesan negatif kepada diri kita sendiri. Apatah lagi jika individu yang bercakap mengenai perihal tubuh badan itu bukanlah benar-benar mempunyai ciri seperti yang diperkatakan. 

Sebagai contoh, jika kita sering bercakap yang kita sudah gemuk atau berisi walaupun hakikatnya tidak sebegitu, apakah perasaan individu lain yang mendengarnya yang mungkin lebih berisi daripada kita? Jika mereka mendengarnya, pasti mereka menganggap bahawa kita tidak begitu menghormati mereka atau lebih teruk lagi, memerli mereka.

Apabila kita mengkritik tubuh badan kita, secara tidak langsung kita juga sedang mengkritik tubuh badan individu lain.

Bagaimana kita boleh bertindak terhadap mereka yang melakukan body shaming tubuh sendiri?

tubuh badan

  • Tenangkan diri mereka

Peluk individu tersebut dan katakan sesuatu seperti, “Jangan terlalu fikirkan hal ini. Mungkin kita boleh berborak mengenai hal lain yang lebih menarik”. Ajak mereka untuk melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian mereka daripada terlalu melihat rupa bentuk tubuh badan mereka.

  • Jangan menokok tambah kata-kata negatif

Jika rakan anda bercerita mengenai lemak perutnya yang semakin meningkat, jangan pula anda menyertai fat talk tersebut hanya disebabkan mahu menenangkan rakan anda. Cara ini tidak akan menghentikan kata-kata negatif ini sampai bila-bila.

Kaedah ini juga hanya akan menunjukkan kepada individu lain bahawa mengkritik tubuh badan bukanlah sesuatu yang salah. 

  • Tukar topik perbualan

Cuba tukar topik perbualan tersebut daripada kata-kata negatif berkenaan rupa bentuk tubuh kepada sesuatu yang lebih produktif. Sebagai contoh, bercakap mengenai rancangan percutian akan datang, sesuatu yang menarik di tempat kerja atau bertanya khabar mengenai ahli keluarga mereka.

  • Galakkan untuk berjumpa dengan profesional sekiranya rakan anda kelihatan terlalu obses dengan tubuh badan mereka

Menurut National Eating Disorders Association, Amerika Syarikat, individu yang memiliki rasa tidak puas hati yang tinggi berkenaan tubuh badan mereka agak cenderung untuk memiliki perasaan kemurungan, pengasingan, gangguan pemakanan dan juga rendah keyakinan diri.

Sekiranya rakan anda menjadi terlalu obses berkenaan rupa tubuh badan mereka, galakkan individu itu untuk berjumpa dengan ahli terapi, pakar pemakanan dan ahli perubatan. Ini akan membantu mereka untuk menyedari berkenaan corak dan tingkah laku mereka yang tidak sihat. 

Ciri fizikal adalah satu keunikan diri

Apapun keadaan fizikal dan rupa paras tubuh badan anda, ia adalah satu keunikan yang hanya ada pada diri anda sahaja. Kecil, besar, tinggi atau rendah, kesemuanya adalah anugerah ciptaan tuhan yang seharusnya disyukuri. 

Apa yang paling penting, elakkan daripada berkata-kata dengan unsur negatif berkenaan diri anda sendiri dan juga orang lain. Masing-masing mempunyai keunikan dan raikan keunikan dan perbezaan ini dengan sebaiknya.

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.huffpost.com/entry/what-to-say-friend-body-shaming-themselves_l_5e287f09c5b67d8874ab2c78

https://www.health.com/syndication/jennifer-lopez-shakira-super-bowl-performance-criticism

Versi Terbaru

11/03/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/03/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan