Keadaan ini adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi mempermainkan orang yang mengalaminya. Jika tidak diuruskan dengan betul, mereka mungkin akan berakhir dengan kematian.
Kemurungan bukan sekadar sedih biasa
Keadaan ini mungkin bermula dengan kesedihan biasa disebabkan beberapa peristiwa seperti gagal dalam peperiksaan, kematian ahli keluarga atau didiagnosis menghidap penyakit tertentu. Namun, kesedihan tersebut menjadi semakin parah sehingga mengganggu kualiti hidup.
Diagnosis tidak boleh dibuat sesuka hati. Ia memerlukan pemeriksaan pakar psikiatri atau psikologis klinikal. Terdapat beberapa kriteria khusus sebelum seseorang boleh disahkan kemurungan.
Dapatkan bantuan perubatan yang betul
Kemurungan adalah sejenis gangguan kesihatan atau penyakit yang menjejaskan mental seseorang. Sama seperti penyakit fizikal (kencing manis, sakit jantung dan buah pinggang), ia juga perlu dirawat. Berita baiknya adalah keadaan ini boleh dirawat sepenuhnya jika melalui terapi dan bantuan perubatan yang betul.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen