Fokus pada kekuatan Apabila ingin menyelesaikan masalah, ramai individu akan menyatakan ‘saya tidak boleh melakukannya’ dan menggunakan kegagalan masa lalu sebagai alasan untuk sukar melakukan sesuatu. Sebaliknya, apa kata anda tumpukan kepada kekuatan dan kelebihan anda (pastinya kita semua mempunyai kekuatan dan kelebihan) dan bagaimana kedua aspek ini dapat membantu anda.
- Sedari kekurangan
Sebagaimana anda mengetahui kekuatan anda, anda juga harus mengenal pasti kekurangan dan kelemahan anda. Mungkin terdapat situasi yang anda tidak mampu tanganinya sendirian, dapatkan bantuan dan sokongan individu sekeliling anda apabila anda memerlukan.
- Menerima seadanya
Usah bazirkan masa dan tenaga untuk mengubah keadaan sedia kekal. Sebaliknya, gunakan tenaga bagi menumpukan kepada mengubah diri dan sikap selaras dengan keadaan. Anda tidak boleh mengawal segalanya dalam hidup, tetapi anda boleh mengawal bagaimana anda bertindak balas.
- Belajar dari masa lalu
Bagaimana anda mampu untuk mengatasi dan melalui pelbagai halangan dalam kehidupan anda sehingga ke tahap ini? Apa yang anda pelajari dari kesukaran masa lalu? Gunakan pelajaran yang anda dapat pada masa lalu untuk menempuhi masa kini.
- Optimis
Individu yang berdaya tahan akan sentiasa memiliki pandangan positif. Jika anda berterusan merasa pesimis atau hanya melihat sesuatu dari sisi negatif, cuba untuk mengubah pemikiran untuk melihat sudut yang lebih positif. Sentiasa ingatkan diri anda untuk mengubah pemikiran menjadi lebih optimistik dan positif.
Sebagai kesimpulan, daya tahan bukanlah satu sifat eksklusif sesetengah individu. Ia boleh dipupuk di dalam diri kerana wujud faktor-faktor tertentu yang boleh mencetuskannya. Jadi, setiap individu boleh mengembangkan strategi unik untuk membangkitkan dan meningkatkan sifat daya tahan dalam diri.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen