Dalam dunia yang serba canggih ini, kanak-kanak biasa melihat kepada individu yang kelihatan menawan dengan solekan yang sempurna dan pembedahan plastik, mengakibatkan mereka menyerap persepsi yang salah tentang standard kecantikan. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anak anda faham bahawa kecantikan datang dalam semua bentuk dan saiz, serta tiada kriteria tentang bagaimana rupa seseorang itu untuk dikira sebagai cantik dan menawan. Mempunyai imej yang positif boleh meningkatkan keyakinan diri anak anda supaya mereka boleh membesar dengan yakin dan bangga.
Semakin anak membesar, mereka mula membandingkan diri mereka dengan rakan sebaya dan selebriti, seperti mencuba fesyen pakaian baru, solekan, dan gaya rambut untuk menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal apabila baligh. Penampilan mereka merupakan cara kanak-kanak menzahirkan diri mereka, menunjukkan minat mereka, personaliti, identiti, dan kebebasan mereka. Tambahan pula, penampilan adalah penting supaya kanak-kanak boleh bergaul dengan rakan sebaya. Keinginan untuk diterima rakan sebaya memberikan impak yang besar kepada pemikiran kanak-kanak, menjadikan penampilan sebagai keutamaan. Paras rupa atau pakaian yang tertentu menjadikan ia bukan sahaja sebagai satu minat tetapi merupakan cara untuk membantu kanak-kanak rasa terlibat, sama ada bersesuaian atau menonjol atau tergolong kepada suatu kelompok sosial.