Jelaskan kepada anak anda tentang bahaya rangkaian sosial
Menurut kajian, kanak-kanak akan berhadapan dengan situasi bahaya sekiranya mereka berhubung dengan individu tidak dikenali melalui ruang sembang peribadi serta memberikan maklumat peribadi mereka. Paling bahaya, mereka turut keluar berjumpa dengan individu tidak dikenali tersebut. Selain itu, gejala “sexting“ iaitu perbuatan bertukar-tukar pesanan atau mesej yang berbaur seksual dan gangguan seksual secara siber semakin membimbangkan kini. Oleh itu, ibu bapa perlu lebih memberi perhatian dan prihatin terhadap penggunaan rangkaian sosial anak anda.
Anda tidak perlu untuk menghalang anak anda untuk menggunakan rangkaian sosial secara total sebaliknya anda boleh menjelaskan kepada mereka tentang bahaya rangkaian sosial ini. Selain itu, sentiasa ingatkan anda tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan ketika sedang melayari rangkaian sosial.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen