Adakah anda seorang ibu yang baik buat anak-anak anda? Ini adalah soalan yang sukar dijawab. Bagi membantu anda menjadi ibu mithali, di bawah ini adalah senarai ciri-ciri yang perlu ada pada setiap ibu yang baik:
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Adakah anda seorang ibu yang baik buat anak-anak anda? Ini adalah soalan yang sukar dijawab. Bagi membantu anda menjadi ibu mithali, di bawah ini adalah senarai ciri-ciri yang perlu ada pada setiap ibu yang baik:
Menjadi pendengar yang baik adalah kunci untuk membantu anda rapat dengan anak anda. Si kecil akan rasa kasih sayang anda apabila mereka melihat anda memberikan 100% perhatian kepada pendapat, perasaan, buah fikiran, aktiviti harian mereka, dan lain-lain. Bahkan lebih baik lagi jika anda memasukkan masa perkongsian ke dalam rutin keluarga anda.
Penting untuk setiap ibu bapa konsisten dengan anak mereka kerana ini akan memberikan mereka kefahaman bahawa anda memaksudkan apa yang anda cakap, dan anda seorang yang boleh dipercayai. Ini boleh membantu meningkatkan rasa selamat mereka dan juga merapatkan hubungan antara anda dan anak.
Jika anda menetapkan sesuatu peraturan baru, terangkan dengan jelas kepada anak anda mengenai akibat atau hukuman yang mereka akan terima jika melanggar peraturan. Akan tetapi, perkara yang lebih penting ialah anda sendiri jangan pernah melanggar peraturan yang anda buat. Anak anda perlu tahu yang anda akan mengikut apa yang anda perkatakan.
Bersabar semasa mengajar anak sesuatu perkara baru. Ini kerana anak anda masih terlalu muda untuk menguasai sesuatu kemahiran tertentu dengan cepat. Daripada anda menjerit atau memarahi mereka, adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang, kemudian bertenang dan memikirkan betapa anda menyayangi anak anda itu.
Jangan serius sepanjang masa kerana ini akan menjadikan anda berdua lebih tertekan. Anda perlu bergurau-senda dan ketawa lebih kerap bersama anak anda. Cubalah untuk melakukan sesuatu perkara yang menyeronokkan (atau perkara yang gila-gila) bersama anak anda. Dengan cara ini, anda bukan hanya boleh menguatkan ikatan kekeluargaan, bahkan juga mengajar anak anda nilai bergelak-ketawa.
Anda sentiasa menjadi seseorang yang paling rapat dan “role model” untuk anak anda. Jadi, jika anda ingin lihat anak anda melakukan sesuatu perkara, anda perlu melakukannya dahulu supaya si kecil boleh melihat dan belajar.
Ibu yang sempurna tidak wujud. Tidak mengapa jika anda membuat kesilapan sekali-sekala. Apa yang penting adalah anda boleh mengenali kesilapan dan bersedia untuk memohon maaf.
Luangkan masa dengan anak anda, seperti melakukan aktiviti harian tertentu dan meraikan peristiwa penting dalam hidup mereka. Ini dapat membuatkan mereka rasa disayangi dan dijaga, kerana inilah yang semua kanak-kanak perlukan.
Anda boleh menunjukkan kasih sayang anda kepada anak melalui kata-kata ataupun bukan lisan. Kasih sayang boleh datang dalam bentuk pelukan, ciuman, atau ungkapan “Ibu sayang kakak”, memegang tangan, menyanyi bersama dan dengan cara anda menerima mereka seadanya. Jangan risau jika ini adalah pengalaman pertama anda bergelar ibu. Lihatlah senyuman manis anak anda dan percaya anda boleh memberikan yang terbaik untuknya.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen