backup og meta

Apa Nak Buat Kalau Anak Anda Selalu Makan Gula-gula Pemberian Datuk dan Nenek Mereka?

Apa Nak Buat Kalau Anak Anda Selalu Makan Gula-gula Pemberian Datuk dan Nenek Mereka?

Cucu mana yang tidak gembira sekiranya datuk atau nenek mereka datang berjumpa atau menginap di rumah mereka selama beberapa hari, lebih-lebih lagi jika kedatangan datuk dan nenek ini membawa satu maksud yang lebih anak-anak anda harapkan. Apakah itu? 

Datuk dan nenek diketahui lebih memanjakan cucu-cucu mereka melebihi ibu bapa mereka. Aiskrim, permainan, dan gula-gula adalah antara barang-barang yang sering diperoleh oleh anak anda daripada datuk dan nenek mereka, yang mungkin amat sukar jika dipinta daripada anda. Ini akan menjadikan anak anda lebih manja, meminta-minta, dan mudah memberontak sekiranya tidak memperoleh sesuatu yang merek inginkan. Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan bagi mengawal situasi ini? Ikuti saranan seperti di bawah 

Berterus-terang dengan ibu bapa anda

Cari masa yang sesuai untuk bercakap dan berterus-terang dengan ibu bapa anda. Jadikan ibu dan bapa anda sebagai sebahagian daripada penyelesaian, dan bukannya punca masalah. Nyatakan kepada mereka bahawa anda senang hati sekiranya mereka mempunyai hubungan yang erat dengan anak anda. 

Walau bagaimanapun, anda perlu nyatakan beberapa perkara yang perlu dipersetujui bersama. Anda boleh meminta pendapat mereka sebagai salah satu sumbangan idea untuk memperbaiki keadaan. 

Nyatakan cabaran yang akan anda lalui

Sekiranya ibu bapa anda kerap memberikan makanan yang tidak sihat kepada anak anda seperti aiskrim, snek atau gula-gula, luahkan kepada mereka mengenai cabaran atau isu yang akan dialami seperti kerosakan gigi anak atau menyebabkan anak menjadi obes. Ibu bapa anda berkemungkinan akan lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan anak-anak anda selepas ini. Datuk dan nenek mana yang tidak sayangkan cucu mereka.

Biarkan beberapa perkara kecil untuk berlaku

Anda mungkin tidak gemar sekiranya ibu bapa anda kerap memberikan wang kepada anak anda kerana dikhuatiri akan digunakan untuk tujuan yang tidak elok. Walau bagaimanapun, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara yang mungkin tidak perlu diperbesarkan. 

Contohnya, jika ibu bapa anda tinggal terlalu jauh dan jarang berjumpa, anggaplah pemberian wang tersebut sebagai satu hadiah atau tanda ingatan kepada anak anda. Tidak semua perkara adalah salah sekiranya anda bersikap lebih fleksibel.

Rumah berbeza, aturan yang berbeza

Nyatakan kepada ibu dan bapa anda, bahawa anak anda tidak boleh melalui perkara yang sama seperti apa yang dilaluinya di rumah mereka. Mungkin anak-anak anda boleh menonton televisyen berjam-jam lamanya di rumah mereka, tetapi tidak di rumah anda. Mungkin juga anak anda boleh bangun lambat daripada tidur di rumah ibu bapa anda, tetapi mereka mestilah bangun awal sekiranya berada di rumah anda. Sepertimana ungkapan pepatah, “Lain padang, lain belalang.”

Sebagai ibu bapa, jangan pelik jikalau anak anda lebih menggemari datuk dan nenek mereka berbanding anda berdua. Ini kerana datuk dan nenek mereka telah menjadi supplier yang setia bagi mereka mendapatkan makanan atau ganjaran yang jarang mereka perolehi. Walau bagaimanapun, anda boleh mengatasi isu yang timbul dengan berkomunikasi antara kedua-dua belah pihak. Percayalah, ibu dan bapa anda juga pasti tidak mahu menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.

 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.whattoexpect.com/toddler/ask-heidi/when-grandparents-spoil-your-little-one.aspx

https://www.everymum.ie/my-family/home-life/how-to-stop-grandparents-from-spoiling-your-kids/

Versi Terbaru

18/06/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan