backup og meta

Bagaimana Ingin Membuat Kawan Baru?

Bagaimana Ingin Membuat Kawan Baru?

Umur 20-an adalah tempoh yang paling mudah membuat kawan. Hampir semua orang di umur ini menggunakan media sosial. Mereka mempunyai peluang yang berterusan untuk berkongsi tentang kehidupan harian mereka bersama beratus-ratus, malah beribu-ribu orang. Dalam masa yang sama, ada sebab mengapa orang dewasa menjadi semakin kesunyian. Kaji selidik mendapati bahawa kita membuat lebih sedikit kawan berbanding pada tahun 1980-an, dan bahawa semua kawan melalui hubungan maya adalah bukan kawan yang sebenar. Ramai orang berusia 20-an dan 30-an mengadu mereka tidak tahu bagaimana untuk membuat kawan baru, atau merasa ditinggalkan oleh yang kawan lama.

Cari beberapa kawan yang berpotensi

Cuba berkawan dengan seseorang dalam kenalan semasa anda. Ini tidak terpakai bagi mereka yang baru sahaja berpindah ke kawasan baru dan tidak kenal sesiapa, tetapi kebiasaannya anda sudah akan mempunyai sedikit kehidupan sosial di sekeliling anda. Anda tidak semestinya perlu keluar dan berjumpa sepuluh orang yang tidak dikenali untuk mencari seorang kawan. Lebih mudah untuk mengubah kenalan sedia ada kepada kawan yang sebenar berbanding mencari orang baru. Bila sudah yakin, anda boleh mula mencair dengan orang baru.

Jadi diri sendiri

Apabila anda meneruskan hobi dan aktiviti yang anda suka, anda mempunyai peluang yang baik untuk bertemu dengan orang yang mempunyai minat yang sama. Jadi cari kelas-kelas atau kelab yang memenuhi minat anda. Setiap acara adalah peluang untuk berjumpa ramai orang yang mempunyai minat yang sama.

Ajak mereka keluar

Setelah anda berjumpa orang yang anda selesa, ajak mereka lakukan aktiviti bersama di mana-mana tempat baru. Ini adalah langkah yang paling penting. Anda boleh berjumpa dengan semua orang yang anda mahu, dan mereka boleh rasakan anda seorang yang hebat, tetapi jika anda tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melakukan sesuatu dengan mereka pada masa akan datang, anda tidak akan berjaya membina hubungan baru.

Jika anda seorang yang pemalu, anda mungkin sedikit teragak-agak untuk mengajak orang keluar. Walaupun pada mulanya agak susah, dan terdapat risiko akan ditolak, agak mudah untuk membiasakan diri dengannya. Mengajak seorang keluar untuk temu janji lagi susah!

Tetapkan sasaran

Mungkin nampak macam remeh, tetapi apabila anda pergi ke satu majlis selepas ini, katakan pada diri anda bahawa anda akan meninggalkan majlis dengan tiga kawan baru (atau mungkin juga hanya satu). Dengan cara itu, anda akan lebih terbuka untuk bertemu dengan orang dan memulakan perbualan yang mendalam bukan hanya tersenyum pada orang di hadapan anda semasa beratur ingin ke tandas.

Katakan cheese!

Sudah tentu, membuat rancangan sendiri adalah penting, tetapi jika ada orang mengajak anda keluar, itu lebih baik. Jika seseorang mengajak anda melakukan sesuatu, anda perlu pergi. Mengapa tolak peluang percuma untuk berkawan di luar sana? Berkawan biar ramai, bermusuh jangan sekali.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Make New Friends (and Keep the Old) as a Young Adult. http://greatist.com/happiness/how-to-make-keep-friends. Accessed December 11, 2016.

How to Make Friends And Get a Social Life. http://www.succeedsocially.com/sociallife. Accessed December 11, 2016.

10 tips for making new friends. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/tentips/10-tips-for-making-new-friends. Accessed December 11, 2016.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan