home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

8 Langkah Memilih Pengasuh yang Baik untuk Anak

8 Langkah Memilih Pengasuh yang Baik untuk Anak

Bukan mudah untuk menanam kepercayaan pada ‘orang luar’ bagi menjaga anak kita. Apatah lagi, dalam perkara memilih pengasuh yang boleh dipercayai, penyayang, dan boleh mengambil berat pada anak-anak jagaannya. Berikut merupakan tips untuk ibu bapa mencari pengasuh yang baik dan bagaimana membina ‘hubungan’ baik dengan pengasuh.

Selidik latar belakang pengasuh

Sebelum anda mengambil pengasuh untuk menjaga anak anda, periksa dahulu latar belakang pengasuh tersebut. Perkara utama yang anda perlu periksa adalah mengenai kesihatan pengasuh, rekod jenayah, ataupun sebarang pertuduhan yang melibatkan serangan seksual, rompakan, dan penculikan. Perkara ini penting sebelum menyerahkan anak-anak anda kepada tangan pengasuh.

Cari rujukan

Sekarang ini, banyak cara mudah untuk mendapatkan pengasuh, antaranya adalah melalui media sosial. Jika anda memang tidak pernah mengenali pengasuh, cari rujukan tentang pengasuh seperti berjumpa dengan jiran-jiran di kediaman pengasuh ataupun bercakap dengan ibu bapa yang pernah atau sedang menghantar anak mereka ke rumah pengasuh tersebut.

Pastikan anda dan pengasuh serasi

Salah satu cabaran memilih pengasuh adalah tentang persefahaman antara ibu bapa dan pengasuh. Sebelum membuat keputusan untuk memilih pengasuh, anda disarankan untuk berbincang dahulu dengan bakal pengasuh tentang beberapa isu dan cara mereka mengendalikannya. Contohnya dalam mengendalikan kanak-kanak yang tantrum, bagaimana dengan rutin tidur, mandi dan penukaran lampin anak. Jika cara jagaan pengasuh menepati dengan kehendak anda, barulah anda boleh membuat keputusan.

Ambil tahu pendapat anak

Bawa anak anda berjumpa dengan bakal pengasuhnya dan lihat sama ada mereka boleh sesuai ataupun tidak. Lihat bagaimana pengasuh melayan anak anda. Jika anak anda sudah cukup besar, anda boleh bertanyakan pendapat mereka.

Tidak mengapa jika anda terlalu memilih

Menurut artikel daripada University of Rochester Medical Center, tidak salah jika ibu bapa mengambil masa yang lama untuk memilih pengasuh. Dalam artikel tersebut juga menyarankan supaya ibu bapa mencari pengasuh dengan bertanyakan dalam kalangan rakan-rakannya, organisasi agama, ataupun kumpulan komuniti. Pilih seseorang yang biasa dengan kanak-kanak. Selain itu, anda perlu terlebih dahulu mengenali pengasuh dengan meluangkan masa bersama dan mengetahui rutin mereka sebelum membawanya bertemu dengan anak anda.

Lihat media sosial bakal pengasuh

Untuk lebih mengenali personaliti pengasuh anak anda, anda boleh mula berkawan dengan pengasuh dalam media sosial. Anda boleh lihat nilai atau kelakuan pengasuh dalam media sosial dan meneliti sama ada ia bersesuaian dengan amalan keluarga anda. Selain itu, anda juga boleh melihat kekerapan pengasuh dalam meluangkan masa di media sosial. Jika anda sudah memilih pengasuh, anda masih boleh melihat aktivitinya di luar waktu jagaan anak anda, dan juga keaktifannya dalam media sosial sewaktu menjaga anak anda.

Membina kepercayaan perlukan masa

Bukan mudah untuk anda bina rasa percaya pada orang luar, biarpun selepas anda sudah memilih pengasuh untuk anak anda. Namun, anda boleh cuba membina kepercayaan dengan cara menguji pengasuh seperti memintanya menyiapkan tugasan mudah pada beberapa jam terakhir sebelum anda hendak mengambil anak balik. Dan, lihatlah jika pengasuh boleh mengikuti permintaan anda. Sedikit sebanyak dengan cara ini membantu anda untuk menanam sifat percaya pada pengasuh baru tersebut.

Jadilah bos yang baik

Dalam mengharapkan pengasuh yang baik, anda sendiri sebagai bos atau majikan perlulah melayan pengasuh dengan baik. Anda perlu faham pengasuh jika mahu pengasuh memahami anda. Contohnya, jika anda terpaksa mengambil lewat anak anda, maklumkan segera pada pengasuh kerana dia juga mungkin sudah mempunyai rancangan lain selepas habis waktu jagaan anak anda. Anda juga boleh menelefon atau memberi mesej kepada pengasuh semasa dalam perjalanan untuk mengambil anak supaya pengasuh mempunyai masa yang cukup untuk membersihkan anak anda. Komunikasi adalah kunci penting untuk membina kepercayaan antara ibu bapa dan pengasuh. Anda boleh tahu jika pengasuh adalah yang terbaik dengan cara melihat reaksi anak anda pada pengasuh tersebut. Jika anak anda berasa dekat dan gembira dengan pengasuh, tandanya inilah pengasuh terbaik untuk anak anda!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.rd.com/advice/parenting/babysitter-trust/

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 26/11/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x