19 Rahsia Seorang Wanita Yang Anda Perlu Tahu Untuk Memahami Dirinya

    19 Rahsia Seorang Wanita Yang Anda Perlu Tahu Untuk Memahami Dirinya

    Sukar untuk memahami isteri ataupun kekasih anda? Wanita sememangnya insan yang sukar untuk difahami dan terlalu banyak rahsia yang tersimpan rapi. Ada masanya mereka ingin berkongsi rahsia itu bersama anda, namun dalam masa yang sama, mereka ingin kekalkan ia sebagai rahsia. Sungguh rumit.

    Berikut adalah 19 rahsia hubungan dengan wanita yang anda perlu tahu untuk memahami mereka dengan lebih baik.

    Penyayang

    Bagi wanita, lelaki yang memiliki ciri-ciri penyayang adalah lebih baik daripada sekadar memiliki penampilan yang menarik. Jadi apabila berdepan dengan situasi terdapat wanita yang kecewa dan menangis, pinjamkan bahu anda dan luangkan masa bersamanya. Dia akan merasa lebih dihargai dan dicintai.

    Maskulin

    Amat jarang untuk kita lihat pada masa kini situasi di mana lelaki akan membuka pintu kereta untuk wanita. Namun sebenarnya perkara sebegitulah yang disukai oleh wanita. Nampak remeh tapi impaknya besar bagi seorang wanita.

    Imej sesuai

    Penampilan memainkan peranan yang penting. Pastikan gaya yang anda pilih ideal dan sesuai untuk anda serta mampu menarik hatinya.

    Merah

    Merah dianggap sebagai antara warna yang garang. Tetapi cuba untuk sekali sekala tampil dengan warna ini, pastinya anda akan tampak lebih menarik dan berkeyakinan.

    Jujur

    Jika anda melakukan kesilapan, berterus-terang. Normal untuk melakukan kesilapan. Kerana ia sememangnya hakikat bahawa tiada manusia yang sempurna. Tetapi yang penting adalah anda harus sedar tentang kesilapan itu, perbetulkan dan tidak mengulanginya lagi.

    Jangan ubah

    rahsia wanita

    Jadi pendengar yang setia ketika si dia berdepan masalah. Menasihati boleh tetapi jangan memberi arahan atau memaksa dia berubah. Ia sangat menjengkelkan.

    Jangan sekadar mendengar

    Apabila dia berkongsi tentang perkara buruk yang berlaku kepadanya, cuba untuk selesaikan dengan menawarkan beberapa cadangan penyelesai. Jangan sekadar mengangguk dan tidak melakukan apa-apa.

    Jangan tergesa-gesa

    Sesetengah wanita tidak suka tergesa-gesa dalam melakukan hubungan seks. Tunggu sekurang-kurangnya 2 bulan atau sehingga hubungan anda berdua cukup kukuh dan intim.

    Perlahan-lahan

    Ketika melakukan hubungan seks, jangan tergesa-gesa. Ambil masa dan nikmatinya.

    Seks Selamat

    Wanita cenderung menghargai usaha anda untuk melakukan seks yang selamat. Ini boleh membawa perasaan terlindung kepadanya.

    Ketahui Apa yang Dia Mahu di Tempat Tidur

    Wanita terlalu malu untuk bercakap mengenai apa yang diinginkan ketika melakukan hubungan seks. Anda boleh bertanya dengan cara yang positif dan bijak.

    Prestasi menghampakan

    Jika suatu malam, anda tidak mencapai orgasm, berbincanglah. Jangan mendiamkan diri. Ini boleh menyebabkan si dia memikirkan sesuatu yang buruk sedang berlaku.

    Cerminan cinta

    Ada masanya cinta tidak perlu dilafazkan. Si dia mungkin meniru gerak isyarat anda, memakai warna kegemaran anda, atau tersenyum apabila anda tersenyum sebagai tanda cintanya pada anda.

    Kongsi baju

    Pasangan anda mungkin suka memakai pakaian anda kerana aroma peluh lelaki dapat membuatnya merasa aman dan santai seolah-olah anda berada di sisinya.

    Puji dan teruskan memuji

    Jangan pernah bosan untuk memuji si dia. Pujilah apa sahaja sama ada tentang rambut baru, atau pakaiannya. Namun pastikan pujian itu jujur dari hati.

    Topik hubungan

    Jangan panik jika si dia ingin berbicara mengenai hubungan kalian. Bersikap jujur dan saling berkongsi tentang apa yang berlaku bagi menguatkan hubungan cinta dan emosi anda.

    Pandang ke matanya

    Dari mata turun ke hati. Jadi apabila berbual atau ketika melakukan hubungan seks, pastikan anda cuba untuk memandang ke matanya. Ia mungkin tampak remeh tapi ia sebenarnya mampu mengeratkan hubungan kalian.

    Berikan masa

    Seandainya si dia mahu berbincang sesuatu dengan anda, luangkan masa anda. Jangan cuba mengelak atau mencari alasan kerana seseorang wanita itu mungkin tidak akan berasa selesa untuk berbincang mengenainya buat kali yang kedua.

    Romantik

    Sikap romantik pastinya dapat menghangatkan sesebuah hubungan. Berpegang tangan ketika berjalan mahupun memberikan sekuntum bunga. Atau kalau berkemampuan, buatlah sesuatu yang istimewa untuk si dia pasti dapat membuatkan hatinya bahagia.

    Mengetahui lebih banyak tentang wanita yang anda sayangi pastinya akan membantu untuk meningkatkan rasa kasih antara anda berdua. Apa yang penting dalam sesebuah hubungan adalah untuk kekal berkomunikasi.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 06/03/2020
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor