Berfikir secara berlebihan adalah tabiat yang berbahaya kerana ia sering membuatkan anda menekankan pada masalah yang tidak pernah wujud. Meskipun begitu, ia telah menjadi perkara biasa di dalam kehidupan sebahagian dari kita dan dalam kebanyakan waktu, kita tidak sedar ia wujud di dalam fikiran. Berikut adalah 5 langkah-langkah untuk melawan tabiat buruk ini.
Langkah pertama: Mengaku Bahawa Anda Mempunyai Masalah Dengan Berfikir Secara Berlebihan
Jika anda selalu risau tentang sesuatu, sentiasa berfikir tentang sesuatu perbualan atau pengalaman berulang kali, susah membuat keputusan atau selalu mengalami depresi apabila ada masalah, maka anda berkemungkinan mengalami masalah ini.
Jika anda tidak pasti, sila bertanya kawan atau pasangan anda. Memandangkan mereka rapat dengan anda, mereka kebiasaannya akan nampak masalah yang anda sendiri tidak perasan. Pastikan orang yang anda tanya itu ialah seorang yang bukan sahaja dipercayai, tapi juga mempunyai pandangan yang seimbang tentang kehidupan. Jika tidak, dia mungkin akan membesar-besarkan masalah tersebut yang akan membuatkan segalanya lebih teruk.
Langkah kedua: Kenal pasti Penyebab Yang Khusus
Cari orang atau situasi yang membuatkan anda berfikir secara berlebihan. Ia adalah langkah pertama untuk menangani situasi yang mengganggu. Anda harus mengambil masa dan berfikir tentangnya dengan baik. Jika perlu, anda boleh elakkan atau hilangkan perkara-perkara yang merangsang berfikir secara berlebihan.
Langkah ketiga: Fokus Pada Waktu Sekarang
Cari aktiviti, hobi atau senaman yang memerlukan perhatian yang banyak supaya fikiran anda teralih dari berfikir secara berlebihan. Sebarang aktiviti yang mengalihkan fikiran anda kepada waktu sekarang akan menghentikan roda berfkir secara berlebihan dari berpusing dengan cukup jauh sehingga membolehkan anda mencapai kestabilan. Pilihan yang baik adalah meditasi, yoga atau Tai chi.
Langkah keempat: Tentukan Had Masa
Adalah benar bahawa sebahagian situasi tidak memerlukan jumlah evaluasi tertentu. Jadi, apa yang anda perlu lakukan ialah menentukan had masa. Letakkan jangka masa, ambil pen dan buku nota dan tulis apa sahaja yang keluar di fikiran selama tempoh masa yang anda telah tentukan. Ini memerlukan sedikit latihan tetapi ia sangat efektif.
Langkah kelima: Ambil Langkah Pertama
Berfikir secara berlebihan boleh membuatkan hidup anda terhenti. Apabila anda mendapati diri anda berada di dalam situasi ini, satu-satunya cara untuk keluar darinya ialah dengan bergerak ke hadapan. Dalam kata lain, ambil langkah pertama. Ia boleh jadi satu langkah yang sangat kecil tetapi ia akan membantu anda mendapatkan sedikit momentum untuk keluar dari khayalan yang tergantung.
Fikiran kita sangat berkuasa dan mempunyai cara untuk menjadi sesuatu yang memuaskan hati kita. Semakin anda sedar tentang diri anda, semakin bertenaga anda akan rasa dan semakin mudah untuk anda melawan tabiat berfikiran secara berlebihan ini yang menghancurkan diri anda.
Baca juga: