backup og meta

Potensi Risiko Kemurungan Pada Lelaki

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    Potensi Risiko Kemurungan Pada Lelaki

    Jarang sekali untuk kita dapat mengenali pasti kemurungan pada lelaki. Secara umumnya, lelaki cenderung untuk tidak mendapatkan sebarang bantuan kerana merasakan bahawa mereka seharusnya tampil kuat, berdikari, dapat menangani kesakitan dan mengendalikan situasi. Keadaan ini akan menyukarkan lelaki untuk menyedari bahawa mereka sebenarnya mempunyai masalah kesihatan fizikal mahupun mental.

    Kemurungan adalah satu keadaan yang serius dan tidak akan menjadi baik tanpa sebarang rawatan. Jika anda menghadapi masalah tangan patah atau luka yang dalam di kaki, kecederaan itu pastinya tidak akan pulih tanpa sebarang bantuan perubatan. Situasi itu sama dengan masalah kemurungan.

    Apa itu kemurungan? Perbezaan dengan perasaan sedih?

    Simptom fizikal seperti kehilangan berat badan, kelesuan,akibat kemurungan pada individu lelaki lebih mudah untuk kenal pasti dan diperjelaskan, berbanding individu wanita. Mereka mungkin akan mengakui rasa marah atau terganggu, dan bukannya mengatakan mereka berasa kemurungan.

    Semua individu akan berasa kesedihan atau emosi yang tidak menentu sekali-sekala. Tetapi jika anda merasai kesedihan, emosional, marah atau tidak dapat tidur atau menumpukan perhatian untuk lebih dari tempoh seminggu, ia kemungkinan besar adalah masalah kemurungan. Anda juga berkemungkinan akan hilang minat dalam kerja, sukan, seks, atau apa juga aktiviti yang anda minati.

    Kemurungan satu perkara yang biasa terjadi, 1 dari 8 individu lelaki akan mengalaminya di beberapa tahap kehidupan mereka. Anda perlu mengenal pasti simptomnya – bukan sahaja untuk anda, tetapi juga untuk pasangan dan keluarga anda.

    Apakah simptomnya?

    Terdapat beberapa alasan kenapa simptom klinikal kemurungan pada individu lelaki sukar untuk dikenal pasti. Sebagai contoh, lelaki cenderung untuk menafikan masalah yang dihadapi kerana mereka perlu ‘kuat’. Malah aspek budaya juga menunjukkan emosi adalah sifat feminin. Akibatnya, individu lelaki yang menghadapi tekanan cenderung untuk menyatakan simptom fizikal kemurungan mereka – seperti rasa letih – adalah bukan berkaitan dengan emosi.

    3 simptom kemurungan lelaki yang sering diabaikan:

    1. Kesakitan fizikal. Kadangkala kemurungan pada lelaki muncul sebagai simptom fizikal seperti kerap sakit belakang, sakit kepala, masalah tidur, gangguan seksual, atau masalah pencernaan, yang tidak bertindak balas terhadap rawatan biasa.
    2. Kemarahan. Ini mungkin terdiri daripada rasa terganggu, sensitif terhadap kritikan, atau kehilangan rasa humor. Sesetengah individu akan menjadi kaki dera atau mengawal.
    3. Bertindak melulu. Individu yang menderita akibat kemurungan mungkin akan menunjukkan sikap melarikan diri atau sikap mengambil risiko seperti melibatkan diri dalam sukan berbahaya, memandu secara berbahaya, atau terlibat dengan hubungan seks tidak selamat. Anda mungkin akan minum alkohol terlalu banyak, penyalahgunaan dadah, atau berjudi.

    Faktor pencetusnya

    Faktor biologi, psikologi, dan sosial, memainkan peranan dalam kemurungan pada individu lelaki, seperti pilihan gaya hidup, perhubungan, dan kemahiran mengadaptasi. Perkara-perkara yang mendatangkan tekanan atau yang membuatkan mereka merasa tidak berdaya, sedih atau terharu juga boleh menjadi pencetus kemurungan pada lelaki, termasuk:

    • Tekanan luar biasa di tempat kerja, sekolah, atau rumah.
    • Masalah perkahwinan atau perhubungan.
    • Gagal mencapai matlamat penting.
    • Kehilangan atau bertukar kerja.
    • Masalah kewangan berterusan.
    • Masalah kesihatan seperti penyakit kronik, kecederaan, kecacatan.
    • Baru berhenti merokok.
    • Kehilangan atau kematian orang yang disayangi.
    • Tanggungjawab keluarga seperti menjaga anak, pasangan, atau ibu bapa yang tua.
    • Persaraan.

    Cara mengatasinya

    Perubahan gaya hidup yang positif dapat membantu menyingkirkan kemurungan dan menghalangnya dari kembali.

    • Elakkan dari bersendirian. Luangkan masa bersama individu lain sebagai keutamaan.
    • Bersenam dengan kerap. Elakkan dari duduk setempat melebihi satu jam.
    • Belajar mengenali dan mengamalkan makanan yang mengandungi lemak omega-3.
    • Lebihkan masa di luar di bawah cahaya matahari setiap hari.
    • Pastikan mendapat tidur yang mencukupi, 7-9 jam. Tidak cukup tidur akan menyebabkan kemurungan bertambah teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan