backup og meta

Apa Itu Kelainan Identiti Disosiatif?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    Apa Itu Kelainan Identiti Disosiatif?

    Kelainan Identiti Disosiatif atau dikenali sebagai Dissociative Fugue, ditakrif sebagai gangguan disosiatif. Ia bukan satu keadaan psikiatri biasa yang dipanggil sebagai amnesia untuk identiti peribadi, memori dan ciri individu lain. Keadaan ini mungkin berlaku dalam tempoh yang sekejap (dari tempoh beberapa jam hingga beberapa hari) atau untuk tempoh kekal. Keadaan ini biasanya berlaku secara tiba-tiba, tanpa perancangan atau amaran, jauh meninggalkan masa lalu.

    Ini kerana individu yang mengalami dissociative fugue tidak dapat mengingati segala atau sebahagian yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka. Ada masanya mereka akan menjadi keliru tentang identiti dan situasi yang mereka berada pada ketika itu. Dalam kes yang jarang berlaku, mereka mungkin menggunakan identiti baru.

    Punca

    Dissociative fugue sering dikaitkan dengan tekanan dan trauma yang kronik. Pengalaman traumatik seperti dalam perang, bencana alam, cenderung mewujudkan risiko gangguan. Tekanan peribadi juga turut menjadi punca yang memburukkan keadaan pesakit, yang mengakibatkan pesakit tiba-tiba melarikan diri. Kejutan yang tidak dapat ditanggung seperti kematian individu tersayang or tekanan kerja, sebagai contoh, menyebabkan wujudnya rasa ingin melarikan diri dari tempoh waktu tertentu dan memadamkan tentang masa lalu.

    Diagnosis

    Doktor pasti akan  menyedari tentang kekeliruan pesakit tentang identiti dan tingkah laku. Berdasarkan simptom pesakit, doktor mungkin mempertimbangkan untuk menjalankan pemeriksaan fizikal, untuk menyingkirkan faktor gangguan fizikal yang boleh menyumbang kepada kehilangan memori. Pemeriksaan psikologi juga turut akan dijalankan.

    Ada masanya dissociative fugue tidak boleh didiagnos sehingga individu berkenaan secara tiba-tiba kembali kepada identiti pra-sedar (pre-fugue) dan menjadi tertekan apabila mendapati diri mereka berada dalam persekitaran yang tidak dikenal pasti. Diagnosis akan dijalankan apabila doktor mengkaji sejarah dan mengumpulkan maklumat mengenai keadaan individu sebelum meninggalkan rumah, ketika berjalan bersendirian dan kewujudan kehidupan yang lain.

    Rawatan

    Apabila pulih dari gangguan ini, memori masa lalu akan kembali berhubung. Kerana ini, kebiasaannya, tidak ada rawatan yang diperlukan untuk merawat individu yang menghadapi situasi ini. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, psikoterapi, yang ada masanya melibatkan hipnosis, diperlukan untuk mengembalikan ingatan dan memori yang hilang dari pesakit.

    Pesakit, dengan sokongan dari pakar terapi, akan digalakkan untuk mengingati masa lalu dengan mengenali wajah dan mengendalikan pengalaman yang mendatangkan tekanan yang mewujudkan gangguan ini.

    Oleh kerana peristiwa traumatik biasanya cenderung mewujudkan gangguan ini, adalah penting untuk merawat emosi dan perasaan pesakit yang wujud selepas pesakit mengalami trauma. Peristiwa masa lalu yang mengganggu yang mendorong pesakit untuk melarikan diri dan melupakan tentang kenangan lalu, apabila diingati kembali, akan mengundangkan kesedihan, kemurungan, ketakutan, kemarahan, penyesalan dan keadaan psikologi lain yang memerlukan terapi.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan