Sentuhan secara langsung dengan air mata atau jari, sapu tangan orang yang mempunyai mata merah; Terdedah kepada penyumbang alahan; Kerap menggunakan kanta lekap, terutamanya jenis kaca yang boleh dipakai berterusan selama tujuh hari tanpa dibuka sebelum tidur. Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Kongjungtivitis didiagnosis?
Doktor selalunya mendiagnosis mata merah melalui pemeriksaan klinikal mata untuk mengetahui penyebab mata merah. Jika anda tidak mengetahui penyebabnya, doktor mungkin menyarankan anda untuk melakukan ujian untuk mengetahui faktor yang lebih tepat menyumbang kepada mata merah.
Bagaimana pesakit Kongjungtivitis dirawat?
Jika anda mempunyai mata merah akibat bakteria, doktor anda akan memberikan anda ubat titis mata dan ubat antibiotik. Anda boleh menuam mata dan menekap kelopak mata yang menonjol. Mata merah yang disebabkan bakteria akan beransur pulih dalam masa 48 jam selepas rawatan dan sembuh dalam masa seminggu.
Manakala mata merah disebabkan virus, ubat titis mata dan antibiotik tidak mujarab. Doktor akan memberikan anda ubat titis yang membantu meningkatkan kelembapan di dalam mata dengan gabungan tuaman untuk menyurutkan bengkak. Mata merah jenis ini akan membaik dalam 1-2 minggu tetapi boleh juga memakan masa yang lebih lama.
Jika anda alahan, doktor akan memberikan anda ubat titis mata dan antihistamin bagi mengurangkan keradangan pada saluran hidung yang tersumbat untuk melegakan gejala alahan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kongjungtivitis?
Gaya hidup yang baik adalah cara terbaik untuk membendung masalah mata merah. Walau anda sakit, dengan tabiat gaya hidup yang baik akan membantu mata merah anda pergi dan tidak dihantar ke badan.
Anda boleh mengawal penyakit ini jika anda mengambil berat beberapa perkara:
- Jauh dan elakkan sentuhan secara langsung dengan orang yang menderita mata merah;
- Basuh tangan dengan kerap;
- Menggunakan tuala, kain lap, dan bantal yang berasingan dengan ahli keluarga yang lain;
- Buang semua kosmetik mata yang lama di dalam simpanan dan jangan berkongsi kosmetik mata dengan orang lain;
- Menjauhkan penyebab alahan, jika boleh;
- Mengambil ubat mengikut tetapan yang diberikan;
- Jangan menyentuh kawasan yang dijangkiti atau menggosok mata anda;
- Tidak menggunakan kanta lekap sehingga semua rawatan yang diperlukan selesai. Anda juga perlu menukarkan bekas kanta lekap dengan yang baru.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen