Anda mungkin selalu mendengar saranan ibu bapa anda untuk makan lobak merah agar penglihatan anda lebih baik sejak usia kecil lagi. Walau bagaimanapun, adakah pengambilan lobak merah benar-benar membantu kesihatan mata anda?
Lobak merah kaya dengan Lutein
Lobak merah kaya dengan lutein, antioksidan penting yang membantu kesihatan anda. Makanan yang kaya dengan lutein telah dikenal pasti meningkatkan ketumpatan pigmen yang terkandung dalam makula, iaitu kawasan kuning berbentuk bujur yang terletak di pusat retina. Apabila ketumpatan pigmen telah meningkat, retina dilindungi dengan lebih baik, dan risiko mengalami kemerosotan akan berkurangan.
Lobak menyediakan karotenoid
Untuk mendapatkan penglihatan yang baik, anda perlu mengambil banyak karotenoid (juga dikenali sebagai beta-karotena), yang terkandung dalam lobak merah. Apabila dimakan, karotenoid akan bertukar bentuk menjadi vitamin A yang boleh digunakan, dikenali sebagai retinol, yang sesuai untuk dicerna badan. Memandangkan beta-karotena penting untuk tubuh menghasilkan vitamin A, kekurangan beta-karotena boleh menyebabkan masalah penglihatan dalam keadaan kurang pencahayaan. Demikianlah mengapa orang dewasa sentiasa menggesa kita untuk makan banyak lobak merah.
Setiap kali anda mengunyah lobak merah, anda mengambil sejumlah besar beta-karotena. Beta-karotena ini akan disalurkan ke hati selepas dimakan, di mana ia akan bertukar kepada satu lagi bentuk vitamin A. Karotene juga akan disebarkan kepada mata, yang akan bertukar kepada pigmen rhodopsin yang baik untuk mata.
Lobak mencegah penyakit penglihatan
Pelbagai jenis vitamin dan nutrien terdapat dalam lobak merah, misalnya, vitamin C, E dan A. Kebaikan nutrien ini adalah sebab mengapa anda harus makan lebih banyak lobak, kerana ia membantu mengurangkan kesan penyakit mata berbahaya, seperti katarak dan degenerasi makula berkaitan usia. Di samping itu, lobak merah juga telah terbukti menjadi jenis sayur-sayuran yang mempunyai jumlah vitamin A tertinggi, yang bermakna pengambilannya sangat memberi kesan kepada mereka yang kekurangan vitamin A. Di negara-negara membangun, terdapat beribu-ribu kanak-kanak akan buta setiap tahun kerana kekurangan vitamin A, dengan itu, memakan lobak merah setiap hari perlu digalakkan.
Disebabkan banyak vitamin dan mineral yang dibawa lobak merah, memakannya menghasilkan pelbagai kebaikan. Di samping itu, gabungkan lobak merah dengan makanan lain untuk mendapatkan hidangan dengan manfaat kesihatan yang terbaik.