backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Mata Sembap

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Mata Sembap?

Mata sembap – bengkak kecil pada bahagian  bawah mata – lazim berlaku apabila semakin berumur. Dengan penuaan, tisu di sekeliling mata, termasuklah otot-otot yang memberi sokongan kepada kelopak mata semakin lemah. Lemak yang membantu untuk menyokong mata akan beralih ke bahagian kelopak mata bawah, menyebabkan ia kelihatan bengkak.Cecair juga boleh berkumpul di bawah mata,menambah lagi keadaan tersebut.

Apakah kebarangkalian Mata Sembap?

Mata sembap sangat lazim berlaku. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Mata Sembap?

Simptom yang lazim berlaku ialah:

  • Bengkak kecil dibawah mata
  • Kulit yang kendur dan tergantung
  • Bulatan hitam/gelap pada mata

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Mata sembap menjadi semakin teruk dan berkekalan
  • Mata menjadi merah, gatal dan sakit
  • Bahagian tubuh badan yang lain turut terjejas, seperti kaki.

Punca

Apakah punca Mata Sembap?

Bengkak berlebihan dan kulit yang melendut di bawah mata boleh disebabkan oleh salah satu keadaan berikut:

  • Peralihan lemak daripada bahagian atas mata ke bahagian bawah.
  • Cecair berlebihan terkumpul di bawah mata
  • Otot-otot di bawah mata yang semakin lemah
  • Penuaan menyebabkan kulit semakin nipis dan berkedut, menyebabkan  kantung di bawah mata semakin jelas.

Kebanyakan kes , mata sembap hanyalah kebimbangan kosmetik dan tidak menandakan sebarang masalah kesihatan ,namun sekiranya ia bertukar menjadi merah, gatal dan menyakitkan atau berlaku sebarang perubahan  secara mendadak ,segeralah bertemu dengan doktor. Boleh jadi perkara tersebut adalah tanda-tanda alahan atau masalah lain.

Walaupun penuaan adalah sebab utama masalah kosmetik ini, faktor genetik tetap berperanan menyebabkan mata yang sembap. Selalunya , individu di dalam keluarga yang sama akan berkongsi ciri-ciri ini, sebagaimana bentuk wajah dan hidung mereka.

Di dalam kes yang lain, mata sembap berpunca daripada faktor gaya hidup yang boleh diubah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Mata Sembap?

Sila berunding dengan  doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Mata Sembap didiagnosis?

Doktor barangkali akan tanya soalan berikut:

  • Bila kali pertama anda menyedari bengkak di bawah mata
  • Adakah simptom anda berterusan atau hanya sekali sekala
  • Adakah terdapat perkara yang menambahbaik simptom anda? Jika ya, apa?
  • Adakah terdapat perkara yang menerukkan lagi simptom anda?

Menyediakan senarai soalan boleh membantu  untuk memanfaatkan masa anda bersama dengan doktor.Untuk masalah ini, beberapa soalan asas yang boleh disoal kepada doktor ialah:

  • Apakah yang menyebabkan simptom saya.
  • Adakah kondisi ini hanya sementara atau kronik?
  • Apakah rawatan yang doktor sarankan sekiranya ada?
  • Berapakah kos rawatan yang perlu dibayar ? adakah insuran perubatan boleh menampung pembiayaan tersebut?
  • Apakah hasil yang saya boleh jangkakan?
  • Apakah yang boleh dilakukan di rumah untuk menambahbaik simptom saya.
  • Apakah bentuk rawatan lanjutan yang akan dilakukan, sekiranya ada, apa yang saya patut jangkakan?

Jangan ragu-ragu untukbertanya soalan yang terlintas di fikiran anda

Bagaimana pesakit Mata Sembap dirawat?

Mata yang sembap selalunya menjadi kebimbangan kosmetik dan tidak memerlukan sebarang rawatan khusus.Rawatan di rumah dan pengubahan gaya hidup boleh membantu untuk mengurangkan mata yang membengkak.

Rawatan perubatan dan pembedahan boleh dilakukan  sekiranya anda bimbang mengenai penampilan anda dengan  mata yang sembap. Rawatan barangkali tidak ditanggung oleh insuran perubatan jika dilakukan semata-mata untuk menambahbaik penampilan.

Ubat-ubatan

Jika anda rasa bengkak di bawah mata berpunca daripada alahan, maklumkan kepada doktor supaya dia boleh memberikan ubat alahan yang sesuai.

Terapi

Pelbagai rawatan untuk kedutan telah digunakan untuk mengurangkan bengkak di bawah mata. Ini termasuklah laser resurfacing, chemical peels and fillers, yang boleh menambahbaik tona kulit, menegangkan kulit dan membuatkan anda kelihatan lebih muda.

Pembedahan kelopak mata

Pembedahan kelopak mata (blepharoplasty) merupakan salah satu pilihan untuk membuang kantung/sembap dibawah mata. Sewaktu prosedur ini dilakukan , doktor bedah akan memotong kulit betul-betul di bawah bulu mata selari dengan kedutan semulajadi kelopak mata ataupun pada bahagian dalam kelopak mata bawah. Prosedur ini selalunya dilakukan sebagai prosedur pesakit luar.

Selain daripada merawat mata yang sembap,blepharoplasty juga boleh digunakan untuk merawat:

  • Bengkak pada kelopak mata atas
  • Kulit berlebihan pada kelopak mata atas yang mengganggu pandangan anda
  • Kelopak mata bawah yang melendut menyebabkan putih mata di bawah iris kelihatan.
  • Kulit yang berlebihan di  kelopak mata bawah
  • Berbincanglah dengan doktor anda mengenai risiko pembedahan kelopak mata yang mungkin boleh terjadi seperti jangkitan bakteria, mata menjadi kering dan masalah pada pandangan, duktus air mata dan posisi kelopak mata.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Mata Sembap?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi mata yang sembap:

    • Mendemah kawasan mata secara perlahan menggunakan kain yang dibasahkan dengan air sejuk untuk beberapa minit.
    • Tidur secukupnya pada waktu malam. Bagi orang dewasa , lapan ke tujuh jam sudah mencukupi.
    • Tidur dengan kepala sedikit terangkat. Gunakan bantal tambahan untuk meninggikan kepala. Ini akan mecegah cecair berkumpul di bahagian bawah mata sewaktu anda tidur
    • Kurangkan simptom alahan. Elakkan daripada sebarang alergen. Ambil ubat alahan di atas kaunter. Berundinglah dengan  doktor anda untuk pelan pencegahan jika anda mengalami sembap mata yang berpunca dari tindakbalas pewarna rambut, sabun, alat kosmetik atau lain-lain alergen.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan