Jenis Autisme yang Perlu Anda Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Gangguan spektrum autisme melibatkan masalah sosial, komunikasi, dan tingkah laku. Masalah ini boleh jadi ringan, teruk, atau sederhana. Diagnosis awal adalah sangat penting dalam autisme kerana rawatan awal dapat membuat perubahan besar. Autisme bukanlah sama sahaja antara kanak-kanak yang menghadapinya. Terdapat beberapa jenis autisme yang berbeza.

Jenis-jenis autisme

Sebelum ini, pakar kanak-kanak membincangkan pelbagai jenis autisme, seperti gangguan autistik, sindrom Asperger, gangguan perkembangan yang tidak spesifik (PDD-NOS). Tetapi sekarang kesemuanya dianggap sebagai ‘gangguan spektrum autisme’. Jika anda atau anak anda pernah didiagnosis dengan salah satu klasifikasi lama berikut, ketahui maksud di sebalik jenis autisme berikut:

1. Sindrom Asperger

Sindrom ini terletak pada spektrum autisme yang lebih ringan. Seseorang yang mempunyai Asperger mungkin sangat pintar dan dapat menangani kehidupan sehariannya dengan normal. Dia mungkin sangat memberi tumpuan kepada topik yang menarik minatnya dan membincangkannya tanpa henti. Tetapi dia mempunyai masalah untuk bersosial.

2. Pervasive developmental disorder, not otherwise specified (PDD-NOS)

Diagnosis yang sangat panjang ini mengambil kira semua kanak-kanak yang mengalami autisme yang lebih teruk berbanding Simdrom Asperger, tetapi tidak seteruk gangguan autistik.

3. Gangguan Autistik

Istilah ini merujuk kepada autisme yang lebih teruk berbanding Asperger dan PDD-NOS. Ia termasuk jenis simptom yang sama, tetapi pada tahap yang lebih tinggi.

4. Gangguan disintegratif kanak-kanak.

Ini adalah bahagian spektrum paling teruk dan jarang dijumpai. Ia menggambarkan kanak-kanak yang berkembang secara normal dan kemudian tiba-tiba hilang kemahiran sosial, bahasa, dan mental secara mendadak biasanya antara umur 2 dan 4 tahun. Kanak-kanak ini juga sering kali mengalami masalah sawan.

Sindrom Rett bukan lagi jenis autisme

Kanak-kanak dengan sindrom Rett sering mempunyai tingkah laku yang sama dengan autisme, dan sebelum ini sindrom Rett dianggap sebagai gangguan spektrum autisme. Tetapi kajian lanjut mendapati bahawa sindrom ini adalah disebabkan masalah genetik, lantas tidak lagi dianggap sebagai autisme.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Vaksin Tidak Akan Menyebabkan Autisme, Jangan Mudah Terpedaya!

    Apakah kaitan autisme dengan vaksin? Adakah vaksin menyebabkan autisme? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 27/07/2019 . 3 minit bacaan

    Autisme, Tingkah Laku Makan Luar Biasa Petunjuk Diagnostik Baru

    Autisme adalah satu keadaan yang sangat membimbangkan dan ketidaknormalan dalam perkembangan semula jadi kanak-kanak boleh menjadi petanda autisme.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 15/07/2019 . 3 minit bacaan

    Adakah Gangguan Autisme Boleh Sembuh Jika Tanda-Tanda Dikesan Lebih Awal Pada Anak?

    Autisme merupakan satu kondisi yang sangat membimbangkan ibu bapa. Persoalannya, adakah anak autisme boleh sembuh jika ia dikesal dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/04/2019 . 3 minit bacaan

    Autisme: Pertimbangkan Keberkesanan Terapi Akuatik

    Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami autisme juga mengalami gangguan integrasi deria sensitif yang ringan, atau ketidakupayaan secara berkesan untuk mengambil/menerima, menyusun, dan bertindak balas terhadap input ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 26/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    mendidik anak autisme

    Kunci Jaga Kanak-kanak Istimewa, Sabar! Ini 9 Cara Bantu Kembangkan Skil Anak Autisme Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    tanda autisme

    Anak Sering Buat Perangai Berulang-Ulang, Adakah Itu Tanda Autisme? Apa Beza Autisme Dan ADHD?

    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
    suami lewat usia

    Bahaya Isteri Hamil Jika Suami Usia 40-an, Ada 5 Risiko Yang Anda Wajib Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/05/2020 . 3 minit bacaan