Daripada remaja sendiri:
- Ketagihan (ketagihan siber, permainan video, dan dadah)
- Memberontak
- Penahanan di rumah oleh ibu bapa
- Perancangan untuk melarikan diri oleh teman lelaki
Daripada keluarga dan kawasan persekitaran:
- Konflik ibu bapa atau penceraian
- Kurang kasih sayang di antara ahli keluarga
- Penderaan
- Masalah kewangan
- Kawasan kediaman bermasalah
Tanda-tanda remaja yang mungkin melarikan diri dari rumah:
- Perubahan mood yang luar biasa
- Rupa berubah (turun berat badan atau kesihatan diri tidak dijaga)
- Kurang keyakinan diri
- Kemurungan atau mengasingkan diri
- Mengelakkan interaksi dengan orang lain
- Gagal dalam keputusan peperiksaan secara tiba-tiba atau selalu ponteng kelas
- Mempunyai idea untuk bunuh diri
- Menipu dan mencuri
- Penyalahgunaan dadah atau alkohol
- Menyimpan senjata berbahaya
Bagaimanakah untuk mencegah remaja melarikan diri?
Menjaga hubungan kekeluargaan. Jangan biarkan hubungan kekeluargaan rosak atau terlalu tegang. Sekiranya terdapat perbalahan, cuba untuk pujuk mereka selepas bergaduh. Pastikan anak anda tahu walaupun apa yang terjadi, anda akan menyayangi mereka tanpa berbelah bahagi.
Jika mereka ingin berkongsi masalah mereka, jadilah pendengar yang baik. Dengarkan kepada pandangan, perasaan, emosi dan tunjukkan yang anda memahami mereka.
Jadilah rakan sebaya kepada anak anda. Tanya mereka tentang hari mereka, berbincang tentang masalah keintiman, atau berkongsilah masalah dengan mereka. Dengan itu, anda boleh mengetahui sekiranya terdapat masalah yang dihadapi anak anda dan mengenal pasti risiko untuk dicegah.
Jadilah teladan kepada anak anda. Ajarkan kemahiran hidup kepada mereka (kemahiran menyelesaikan masalah atau tanggungjawab). Perkara penting yang mereka harus pelajari adalah untuk cuba menyelesaikan masalah; melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah.