Ajar anak anda untuk mengenali bahagian badan mereka
Kebanyakan ibu bapa tidak mengajar anak mereka nama alat sulit dengan menggunakan istilah yang betul. Anak-anak perlu tahu nama yang tepat bagi alat sulit mereka agar mereka tahu dan memahami bahagian badan mereka sendiri. Ini akan memudahkan mereka untuk bertanya sesuatu sekiranya mereka mempunyai soalan tentang alat sulit mereka dan memudahkan mereka melaporkan sekiranya seseorang cuba memperkosa mereka.
Rogol tidak mempunyai kaitan dengan cinta dan komitmen antara pasangan. Rogol adalah satu jenayah yang boleh merosakkan hidup mangsa dari segi fizikal dan mental. Perogol boleh jadi sesiapa sahaja dalam lingkaran hidup anak anda sama ada orang asing, rakan mereka, kekasih mereka ataupun ahli keluarga mereka sendiri. Ibu bapa, guru-guru dan pihak berwajib tidak boleh memandang enteng perkara ini. Semua pihak perlu menerangkan dan memberi pendidikan kepada kanak-kanak tentang bahaya rogol ini agar kejadian ini tidak berlaku kepada anak anda kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen