Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa?
1. Pastikan anak anda faham bahawa perbuatan mengusik membuli adalah perbuatan yang tidak wajar untuk dilakukan
- Berbincanglah dengan kanak-kanak yang selalu mengusik dan dapatkan puncanya. Gunakan informasi yang anda dapat untuk berbincang dengan mereka tentang cara yang betul bercanda dengan kawan. Kanak-kanak ini mungkin cenderung menggunakan kuasa untuk menyakiti individu lain sepertimana mereka mungkin alami di rumah. Dalam kes ini, ia amat penting untuk berbincang berkenaan kelakuan mereka yang tidak boleh diterima di dalam kalangan kawan-kawan anak anda dan perlu diubah dengan segera.
- Berbincanglah dengan kanak-kanak yang selalu diusik dan selami perasaan mereka. Biarkan mereka tahu bahawa mereka juga layak untuk dihormati. Jika kanak-kanak ini sudah hilang keyakinan diri, berbincanglah dengan mereka dan praktiskan cara untuk mereka menghadapi pengusik dan meminta mereka untuk berhenti melakukannya. Pastikan mereka tahu bahawa anda selalu ada untuk membantu mereka sekiranya usikan ini masih berlaku.
2. Mempercayai naluri anda
Jika anda berasa bahawa usikan itu berbaur negatif terhadap sesiapa sahaja yang terlebat, maka segera lakukan penyiasatan. Kebanyakan sekolah mempunyai polisi yang jelas untuk dilakukan apabila berdepan isu-isu seperti ini. Komunikasi yang baik di antara anda dan cikgu di sekolah akan menjadi antara cara paling efektif untuk menghentikan perbuatan mengusik dan membuli di sekolah.
3. Memperbaiki kelakuan anda
- Jika anda sebagai ibu bapa sendiri mahu mengusik anak anda, pastikan impak usikan tersebut adalah positif.
- Ingat bahawa anak anda yang masih belum memahami usikan dan mungkin akan terasa hati dengan usikan anda.
- Guna pengalaman yang anda ada dalam menghadapi usikan dan ajarkan ia kepada anak anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen