home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tuntutan Kesihatan ‘Mengelirukan’ pada Pembungkusan Makanan yang Dipasarkan Kepada Kanak-kanak

Tuntutan Kesihatan ‘Mengelirukan’ pada Pembungkusan Makanan yang Dipasarkan Kepada Kanak-kanak

Berpandukan kajian yang diterbitkan oleh jurnal Archives of Disease in Childhood, tuntutan kesihatan yang dibuat ke atas pembungkusan produk untuk sebahagian besar makanan yang dipasarkan kepada kanak-kanak di UK adalah ‘mengelirukan’ dan boleh menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.

Pasukan penyelidik menyatakan, peraturan tegas diperlukan untuk pelabelan makanan dan kandungan produk untuk mengurangkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Teknik pemasaran yang berfokus pada kanak-kanak, menggunakan watak kartun, mainan, permainan dan promosi (kad dan baucar), telah lama menjadi praktis dalam pengiklanan. Tetapi penggunaan tuntutan kesihatan dan pemakanan untuk makanan tertentu adalah trend yang lebih baharu.

Walaupun langkah-langkah telah diambil untuk mengawal pengiklanan kepada kanak-kanak berkenaan produk yang tinggi lemak dan gula, seperti gula-gula, coklat dan minuman manis, terdapat kurang perhatian yang telah diberikan kepada makanan lain yang membawa tuntutan pembungkusan produk yang menunjukkan bahawa produk mereka menyumbang kepada kesihatan dan nutrisi yang baik, kata penyelidik.

Analisis produk makanan kanak-kanak

makanan kanak-kanak

Untuk mencuba dan mengatasi ini, mereka meneliti tenaga, lemak, gula, dan kandungan garam makanan yang dipasarkan kepada kanak-kanak di atas umur 1 tahun, yang boleh didapati secara meluas di pelbagai kedai runcit makanan yang besar di UK.

Para penyelidik memberi tumpuan kepada produk dengan imej-imej yang memfokuskan kepada kanak-kanak dan tuntutan kesihatan dan pemakanan yang tertera pada pembungkusan produk, termasuk istilah seperti “one of 5 a day”, iaitu istilah yang merujuk kepada gesaan kerajaan UK agar semua orang makan lima bahagian buah atau sayur-sayuran setiap hari.

Secara keseluruhannya, 332 produk yang berbeza, termasuk bijirin sarapan pagi, snek buah-buahan, minuman berasaskan buah-buahan, produk tenusu seperti yoghurt dan makanan siap dihidang telah dinilai, menggunakan alat pengawal siaran (Ofcom NPM) untuk mengenal pasti makanan yang ‘sihat’ .

Kaedah ini menggunakan sistem pemarkahan, terdiri daripada tujuh unsur iaitu tenaga; jumlah gula; lemak tepu; garam; buah-buahan / sayur-sayuran / kacang; serat; protein – daripada maklumat pelabelan produk, untuk mengklasifikasikan kualiti nutrisi makanan tersebut.

Hasil pemantauan terhadap produk makanan yang dilihat ‘sihat’

makanan kanak-kanak

Pengiraan menunjukkan bahawa sebahagian besar produk, termasuk yang biasa dilihat sebagai ‘sihat’ (41%), diklasifikasikan sebagai ‘kurang sihat’ oleh sistem pemarkahan tersebut.

Bar bijirin mempunyai kandungan tenaga dan lemak tepu tertinggi, sementara bijirin mempunyai kandungan garam tertinggi.

Snek buahan mempunyai kandungan gula tertinggi, iaitu purata sebanyak 48 g / 100 g, tetapi masih membuat tuntutan “one of 5 a day”, dan dalam banyak kes – perkara ini mungkin boleh membingungkan ibu bapa,

Satu daripada tiga produk mengandungi jus buah pekat sebagai bahan tambahan manakala satu daripada empat produk menggunakan puri buah.

makanan kanak-kanak

Hampir satu perempat daripada produk, yang kebanyakannya adalah minuman berasaskan buah-buahan dan makanan ringan, membuat tuntutan ‘tiada gula tambahan’. Tetapi separuh daripadanya mempunyai jus buah pekat atau puri buah sebagai bahan tambahan.

Banyak produk (lebih daripada 41%) membuat tuntutan “one of 5 a day”, yang mana kebanyakannya adalah minuman buah-buahan, makanan siap dihidang, dan makanan ringan. Buah-buahan yang diproses, jus buah pekat atau puri buah tertera sebagai bahan dalam hampir setengah (lebih dari 44%) produk-produk ini.

Tetapi walaupun kebanyakan (82%) mereka mendakwa mengandungi satu bahagian buah atau sayur-sayuran, tiga daripada empat daripadanya tidak mengandungi ukuran 80 g yang disyorkan. Dan separuh daripada produk yang membuat tuntutan “one of 5 a day” tidak menyatakan sama ada ini adalah bahagian dewasa atau kanak-kanak.

Saiz hidangan untuk kebanyakan (hampir 95%) minuman berasaskan buah melebihi had 150 ml yang disyorkan untuk jus buah, namun bahagian buah dan sayuran untuk kebanyakan produk berada di bawah saiz bahagian yang disyorkan.

Menurut para penyelidik, peraturan yang lebih baik mengenai komposisi produk, label makanan, dan teknik pemasaran amat diperlukan bagi tidak menggalakkan promosi makanan yang mungkin dianggap obesogenik, iaitu cenderung untuk menyebabkan obesiti.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Ada L García, Gabriela Morillo-Santander, Alison Parrett, Antonina N Mutoro. Confused health and nutrition claims in food marketing to children could adversely affect food choice and increase risk of obesity. Archives of Disease in Childhood, 2019; archdischild-2018-315870 DOI: 10.1136/archdischild-2018-315870
  2. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/04/190404214747.htm
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada [date}
x