Definisi
Apa itu Sindrom Prader-Willi?
Sindrom Prader-Willi adalah penyakit yang jarang berlaku, di mana ia muncul ketika lahir serta menyebabkan beberapa masalah fizikal, mental dan tingkah laku. Ciri utama sindrom Prader-Willi adalah rasa lapar yang selalu berlaku pada usia sekitar dua tahun.
Mereka yang mempunyai sindrom Prader-Willi berkehendak untuk makan secara berterusan kerana mereka tidak pernah merasa kenyang (hyperphagia) dan biasanya mengalami masalah mengawal berat badan mereka. Banyak komplikasi yang terhasil dari Sindrom Prader-Willi adalah disebabkan oleh obesiti.
Apakah kebarangkalian Sindrom Prader-Willi?
Sindrom Prader-Willi boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Sindrom Prader-Willi?
Tanda-tanda dan simptom bagi sindrom Prader-Willi biasanya berlaku dalam pelbagai fasa. Tanda-tanda yang mungkin wujud sejak lahir termasuklah:
- Tona otot yang lemah. Tanda utama semasa bayi adalah tona otot yang lemah (hipotonia). Bayi dilihat berehat dengan siku dan lututnya melurus dengan longgar dan bukannya tetap, dan mereka dirasakan seperti longlai atau seperti anak patung kain ketika dipegang.
- Ciri-ciri wajah yang berbeza. Kanak-kanak mungkin dilahirkan dengan mata berbentuk badam, lengkungan kepala di pelipis, sudut mulut ke bawah dan bibir atas yang nipis.
- Kegagalan untuk berkembang dengan baik. Bayi mungkin mempunyai refleks menghisap yang kurang baik kerana tona otot menurun. Oleh kerana hisapan yang kurang baik, pemakanan juga menjadi sukar, maka mereka mengalami peningkatan berat badan yang perlahan.
- Kekurangan koordinasi mata (strabismus). Mata bayi tersebut mungkin tidak bergerak bersama-sama – ia boleh bersilang atau melilau ke arah lain.
- Secara umumnya, kadar respons yang lemah. Bayi mungkin dengan janggalnya kelihatan penat, bertindak balas dengan tidak baik pada rangsangan, susah untuk bangun atau tangisan yang lemah.
Ciri-ciri lain dari sindrom Prader-Willi akan muncul semasa awal kanak-kanak dan kekal sepanjang hayat, serta memerlukan pengurusan atau rawatan yang teliti. Ciri-ciri ini mungkin termasuklah:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen