Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Gastroksisis didiagnosis?
Gastroksisis kebiasaannya dikenal pasti sewaktu kelahiran, tetapi boleh juga didiagnosis lebih awal. Sewaktu kehamilan, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrabunyi untuk mencari kemungkinan gastroksisis. Ini juga dapat membantu ibu dan doktor berbincang dan menetapkan pelan bagi tempat dan masa yang bersesuaian untuk melahirkan.
Bagaimana pesakit Gastroksisis dirawat?
Jika doktor dapat mengenal pasti gastroksisis sebelum kelahiran, doktor juga akan memeriksa keadaan kesihatan bayi baik atau tidak.
Apabila bayi dilahirkan, pembedahan akan diperlukan untuk menangani usus yang terkeluar. Jika gastroksisis kecil, doktor akan melakukan pembedahan selepas kelahiran untuk memasukkan usus kembali ke dalam abdomen dan menutup pembukaan tersebut. Tetapi jika gastroksisis terlalu besar, pembedahan pembetulan akan dilakukan secara berperingkat.
Selepas memasukkan kembali usus ke dalam abdomen dan menutup pembukaan tersebut, bayi tersebut perlu dilindungi daripada jangkitan dengan cecair IV dan antibiotik, dan dibekalkan dengan nutrisi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan bayi.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gastroksisis?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani gastroksisis:
- Menjalani ujian untuk mengesan keadaan bayi sewaktu kehamilan
- Elakkan kehamilan di usia muda
- Elakkan penggunaan alkohol dan merokok
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen