backup og meta

Anak Anda Tertekan? Mari Atasinya

Anak Anda Tertekan? Mari Atasinya

Masalah tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira peringkat usia. Sebagai individu dewasa, tekanan di tempat kerja boleh membuatkan kita tertekan adalah sesuatu perkara biasa. Namun tanpa kita sedari, anak kita juga mungkin mengalami tekanan di sekolah yang menyebabkan dia tertekan.

Artikel di bawah akan berkongsi beberapa perkara yang mencetuskan tekanan kepada anak anda dan cara mengatasinya:

Masa yang singkat

Kehidupan yang terlalu sibuk boleh menjejaskan kesihatan keluarga dan menyebabkan tekanan. Kajian menunjukkan tekanan yang terlalu lama boleh meningkatkan kortisol, hormon yang akan menaikkan selera makan, sekali gus menyebabkan kita makan berlebihan.

Galakkan anak anda mewujudkan sedikit masa untuk mengurangkan tekanan. Duduk dan berbual, menyelak majalah, bermain, berjalan atau mungkin membuat sedikit gerakan senaman.

Tidak cukup tidur

Kuantiti tidur yang tidak mencukupi boleh meletihkan sesiapa sahaja. Ia turut akan melambatkan metabolisme dan meningkatkan selera makan. Ini bermakna, anda akan makan terlalu banyak, dan cenderung memilih makanan yang tidak sihat dan menjadi tidak aktif.

Pastikan setiap ahli keluarga anda mendapat tidur yang mencukupi. Tetapkan satu rutin harian yang menenangkan seperti membaca buku sebelum tidur. Kuantiti waktu tidur yang diperlukan mengikut usia:

  • Kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah – 11 hingga 13 jam
  • Kanak-kanak 7 hingga 15 tahun – 10 atau 11 jam
  • Remaja – 8 hingga 10 jam
  • Dewasa – 8 atau lebih

Masalah kewangan

Tekanan berkaitan duit boleh dialami oleh sesiapa. Jika kita sebagai ibu bapa boleh tertekan memikirkan perbelanjaan bulanan, anak anda mungkin memikir masalah tidak cukup duit untuk mendapatkan atau membeli sesuatu yang diingininya. Malah mereka mungkin merasakan ia adalah satu bebanan yang terlalu berat.

Ajarkan kepada mereka bahawa ia adalah sesuatu yang normal untuk berdepan dengan masalah tidak cukup duit. Terapkan kepada mereka bahawa jika sesuatu yang dirancang mungkin tidak berjalan lancar, kita masih boleh berusaha mencari kaedah atau cara lain untuk menyelesaikannya.

Perselisihan faham

Apabila ibu bapa bergaduh, anak-anak akan merasai tekanan, terutama untuk yang berusia 10 tahun dan ke bawah. Mereka mungkin akan merasakan bahawa tiada tempat yang selamat lagi buat mereka.

Jika anak anda bersedih mendengar pertengkaran atau perselisihan faham anda dan pasangan, pastikan anda sedar tentang perkara ini. Terangkan kepada dia bahawa pertengkaran atau perselisihan faham adalah sesuatu yang normal, apa yang penting adalah bagaimana kita mengatasinya.

Sekolah

Persaingan sihat di sekolah seperti dalam peperiksaan, atau sukan dan aktiviti luar kelas pastikan sedikit sebanyak mendatangkan tekanan pada anak anda. Mereka akan bertambah tertekan apabila melihat rakan sebaya mereka lebih pandai atau berjaya.

Bantu anak anda untuk mencari aktiviti yang sesuai buat dirinya. Galakkan padanya untuk berusaha lebih kuat dan sentiasa berlatih.  Teruskan untuk memberi sokongan pada anak anda dan meraikan segala kejayaan yang diperolehinya walaupun kecil.

Untuk hal berkaitan pelajaran, bantu anak anda untuk melakukan segalanya dengan tersusun. Sentiasa bertanya dan memantau keadaannya.

Kebosanan

Adalah normal untuk kanak-kanak berasa cepat bosan, terutama selepas waktu sekolah tamat. Mereka mungkin akan memilih aktiviti tidak sihat seperti menonton televisyen atau bermain permainan video sambil makan makanan ringan.

Berikan dia pilihan untuk menyertai sebarang aktiviti lepas sekolah untuk tempoh masa 1-2 jam setiap hari agar dia mempunyai aktiviti yang bagus untuk dilakukan ketika habis waktu persekolahan.

Makan tidak menentu

Melangkau waktu makan atau menggantikannya dengan snek ringan akan menyukarkan kanak-kanak untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan ia boleh menyebabkan dia mengalami tekanan kerana kelaparan.

Tetap dan jadikan satu kebiasaan untuk makan sebanyak 3 kali sehari dan 2 kali waktu untuk snek sihat – ia adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan keluarga. Kajian juga menunjukkan, kanak-kanak yang makan beberapa kali bersama keluarga, cenderung menjadi lebih ceria.

Perubahan rutin

Kanak-kanak berusia bawah 6 tahun tidak mampu bercakap tentang tekanan, namun mereka boleh mengekpresikannya melalui perbuatan jika merasakan ada yang tidak kena. Sebarang perubahan pada rutin – ibu bapa bertukar kerja, berpindah rumah – boleh merubah kehidupan anak anda.

Kekal melakukan beberapa rutin harian seperti waktu makan bersama, waktu bercerita atau bermain. Kanak-kanak yang tahu apa yang berlaku akan berasa lebih tenang.

Terlalu banyak menonton

Permainan video, sosial media, menonton televisyen dianggap sebagai satu aktiviti yang mendatangkan ketenangan. Tetapi terlalu lama terdedah kepada skrin adalah tidak bagus malah akan terdedah kepada pengambilan makanan tidak sihat.

Hadkan masa menonton sebanyak 2 jam sehari. Jangan galakkan anak anda untuk makan di hadapan televisyen. Ini kerana bila tumpuan terganggu, anda akan seringkali tidak memikirkan tentang jumlah makanan yang diambil, atau tidak menumpukan perhatian terhadap komunikasi bersama keluarga.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kids Stressed Out? How to Get Relief

https://www.webmd.com/parenting/raising-fit-kids/mood/ss/slideshow-decrease-family-stress. Accessed on Dec 13, 2018.

Versi Terbaru

07/09/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!

Apa Kesan Selepas Anak Makan Ubat Cacing? Ibu Bapa, Tolong Ambil Perhatian!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan